Labels

Friday, August 21, 2009

TOK GURU PERLU BERGURU LAGI.

TOK GURU NIK AZIZ KATA BELIAU SEDIA BERDEPAN DENGAN JAWATANKUASA MUZAKARAH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN. DAN MENGANGGAP MAJLIS TERSEBUT TIDAK PROFESIONAL.

HEBAT, SUNGGUH HEBAT ORANG YANG BERGELAR TOK GURU DARI NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG INI. BEKAS PM KITA TUN DR MAHATHIR JUGA KAGUM DENGAN KEBIJAKSANAAN NIK AZIZ. KELEBIHAN NIK AZIZ ITU MUNGKIN DISEBABKAN DIA TELAH PERGI TENGOK SYORGA DAN NERAKA, ITULAH SEBAB BELIAU BOLEH CAKAP DEMIKIAN.

NAMPAKNYA KEBONGKAKAN NIK AZIZ DALAM HAL INI SUDAH KETERLALUAN, DAN BOLEH MEROSAKAN PEMIKIRAN MASYARAKAT KHASNYA GOLONGAN MUDA YANG MEMERLUKAN TUNJUK AJAR ATAU CONTOH PEMIMPIN YANG BAIK IKHLAS DAN JUJUR. JIKA MEJORITI RAKYAT TIDAK SETUJU DENGAN PANDANGAN BELIAU, MASIH LAGI NAK MEMPERTAHANKANNYA, DENGAN ALASAN YANG TIDAK MUNASABAH, APA KAH IANYA TIDAK BOLEH DI KLASIFIKASIKAN SEBAGAI RIAK?

ULAMAK KERAJAAN BELIAU TAK TERIMA, MALAH MEREKA TIDAK BUAT KERJA BETUL, BELIAU SEORANG SAHAJA YANG BETUL. SEMUA ULAMAK KERAJAAN PERLU RUJUK KEPADA BELIAU, BARU BOLEH BUAT FATWA. BELIAU TETAP DENGAN PENDAPATNYA BAHAWA UMNO MENYELEWENG DAN MENGASINGKAN POLITIK DENGAN AGAMA.

DISINI KITA NAMPAK BAHAWA NIK AZIZ MENCAMPOR ADUKAN POLITIK DENGAN AGAMA. PADA FAHAMANNYA POLITIK ITU AGAMA, AGAMA ITU JUGA POLITIK. ISLAM UMNO, ADALAH SADURAN ISLAM PALESTIN. BAGAIMANAKAH KATA-KATA ITU BOLEH KELUAR DARI SEORANG TOK GURU? KITA INI BUKANKAH AHLI SUNAH WALJAMAAH? BAGAIMANA PULA DENGAN ISLAM IRAN, PAKISTAN, UZBIKISTAN, SOMALIA, SUDAN, MESIR DAN LAIN-LAIN.

TOK NGAH RASA TOK GURU, PERLU BERGURU SEMULA, IKUTLAH JEJAK SAIDINA OMAR YANG ASALNYA GANAS DAN MEMBUNUH ORANG, KEMUDIAN BELIAU BERTAUBAT, MASUK ISLAM DAN DI JAMIN MASUK SYORGA. HARAP NIK AZIZ JANGAN KELIRUKAN UMAT KHASNYA PENGUNDI DI PERMATANG PASIR.

TOK NGAH.