Labels

Friday, September 11, 2009

ANAK MUDA PAS MASIH BERMIMPI.

TOK NGAH RASA TERPANGGIL UNTUK MEMBERI ULASAN BERHUBUNG DENGAN KENYATAAN YANG DI BUAT OLEH ANAK MUDA PAS PERAK YANG MENGATAKAN BN KETANDUSAN IDEA, BN TIDAK PERNAH BERJASA LANTAS MENCABAR BN BERDEBAT DAN BUBARKAN DUN.

NAMPAKNYA ANAK MUDA PAS SEPERTI KETUANYA ZAWAWI HASSAN, NAIB KETUANYA SALMAN SALLEH, EXCONYA MOHD HAFEZ SABRI, MASIH LAGI BERMIMPI DI SIANG HARI. MALAH TIDAK BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA. TOK NGAH TIDAK SEKALI-KALI MENYALAHKAN ANDA SEMUA UNTUK BERSIKAP SE OLAH-OLAH KACANG LUPAKAN KULIT DAN TIDAK TAHU BERSYUKUR DENGAN NIKMAT YANG DIKECAPI SELAMA INI. KERANA ANDA TELAH TERDIDIK OLEH PEMIMPIN PAS YANG GILA KUASA DAN SUKA MENJATUHKAN HUKUMAN TERHADAP ORANG LAIN.

CUBALAH ANDA RENUNG JAUH-JAUH DAN TOLEH KEBELAKANG SEKETIKA, APA YANG ADA PADA NEGARA KITA KHASNYA BANGSA MELAYU, SEBELUM MERDEKA HINGGA HARI INI? CUBA BAYANGKAN DIMANA DATOK DAN IBU BAPA ANDA KETIKA 50 TAHUN LALU HINGGA KINI? MEMANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN BAHAWA KERAJAAN YANG MEMERINTAH MEMPUNYAI KEWAJIPAN MEMBANGUN DAN MEJANA EKONOMI RAKYAT. TETAPI SEDARKAH ANDA APA PULA KEWAJIPAN RAKYAT SEPERTI ANDA TERHADAP KERAJAAN DAN PEMIMPINNYA?

LAYAKKAH SEBAGAI ANAK MUDA YANG LAHIR DALAM SUASANA NEGARA YANG AMAN DAMAI DAN HARMONI, MENDABEK DADA LANTAS MENYANGGAH BANGSA DAN PEMIMPIN NEGARA ANDA SENDIRI, BAHAWA TIDAK PERNAH MEMBUAT JASA? INIKAH BALASAN SEBAGAI SEORANG ANAK KEPADA IBU BAPANYA YANG TELAH MEMBERIKAN DIDIKAN DAN KASIH SAYANG, AGAR ANDA MENJADI SEORANG YANG BERPEKERTI DAN MENGENANG JASA.

ANDAINYA ANDA HENDAK MENJADI PEMIMPIN YANG BIJAK LAGI BERJASA, BUKAN ITU CARANYA. SIKAP SOMBONG DAN ANGKOH TIDAK HARUS DIJELASKAN KEPADA MASYARAKAT KHASNYA RAKYAT YANG KITA PERLUKAN SOKONGAN MEREKA. YANG MUDA SEHARUNYA MENGHORMATI YANG TUA DAN YANG TUA MENYAYANGI YANG MUDA.

ANAK MUDA YANG HIDUP DIALAM YANG SERBA CANGGEH INI, TIDAK SEHARUSNYA HILANG JATI DIRI DAN LUNTUR BUDI BAHASANYA. SEBAGAI SEORANG ISLAM BERBANGSA MELAYU PULA, WAJIB MEMBELA BANGSANYA DEMI AGAMA YANG DIANUTI. BUKANNYA MENJATUHKAN HUKUMAN SESUKA HATI.

TIDAK TIMBUL RAMPASAN KUASA OLEH SESIAPA. DEMOKRASI YANG DIAMALKAN OLEH NEGARA MALAYSIA SELAMA INI, ADALAH YANG TERBAIK DAN MASIH SUCI UNTUK DILAKSANAKAN. SELURUH DUNIA MENGENALI MALAYSIA, MALAH ADA NEGARA LUAR YANG MENJADIKAN NEGARA KITA SEBAGAI CONTOH. JANGANLAH CUBA DICEMARI OLEH ANASIR-ANASIR LUAR YANG INGIN MENGADU DOMBA ANTARA KITA YANG SEAGAMA DAN SEBANGSA, SEMATA-MATA KERANA INGIN MELIHAT RAKYAT DAN NEGARA KITA KUCAR KACIR.

OLEH ITU TOK NGAH INGIN NASIHATKAN KEPADA ANAK MUDA PAS, TUNTUTLAH ILMU DAN CARILAH PENGALAMAN. JANGANLAH MENGIKUT PEMIMPIN YANG MEMPUNYAI AGENDA TERSENDIRI YANG GILA KUASA DAN INGIN MEMBALAS DENDAM. IKUTLAH DAN PATUHILAH KEPUTUSAN MAHKAMAH SERTA PEMERINTAH YANG SEDIA ADA. BILA SAMPAI MASA PILHANRAYA, AYOH GUNAKAN KEPINTARAN DAN KEMAMPUAN UNTUK MEMENANGINYA.

TOK NGAH.