Labels

Sunday, September 6, 2009

PAS PERAK JADI KUDA DAP.

SEMUA RAKYAT TAHU DAN FAHAM BAGAIMANA KEDUDUKAN DUN DAN MENTERI BESAR NEGERI PERAK, YANG DI PUTUSKAN OLEH MAHKAMAH. KERAJAAN NEGERI YANG DI KUASAI OLEH BN DAN UMNO, ADALAH SEBUAH KERAJAAN YANG SAH.

YAB. DATO' SERI DR. ZABRY ABDUL KADIR, ADALAH MENTERI BESAR PERAK YANG SAH DAN TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN LAGI. HINGGA KINI KERAJAAN NEGERI YANG DI TERAJUI OLEH UMNO 27, MCA 1 DAN 3 BEBAS YANG MENYOKONG BN TELAH PUN MENJALANKAN TUGAS MEREKA DENGAN BAIK DAN BERKESAN. SEDIKIT PUN BELUM ADA CACAT CELANYA.

OLEH KERANA PEMBANGKANG YANG TAMAK DAN INGIN MERAMPAS KUASA, SETIAP HARI ADUN DAP, PAS DAN PKR MEMBUAT KERJA-KERJA YANG MENIMBULKAN PROVOKASI UNTUK MENGELIRUKAN RAKYAT. YANG TERBARU MEREKA MENGADAKAN SIDANG DUN DI SEBUAH HOTEL. PUN BEGITU, RAKYAT PERAK YANG BIJAK DAN MAJORITINYA MENYOKONG BN DAN UMNO, SEDIKITPUN TIDAK TERPENGARUH DENGAN DAKYAH PR YANG KIAN HILANG PENGARUH, TERUTAMANYA ADUN PAS.

ADUN PAS DAN KEPIMPINANNYA KINI AMAT BIMBANG DENGAN KETOKOHAN YAB DATO' SERI DR. ZABRY ABDUL KADIR, YANG SETIAP HARI TURUN PADANG MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWABNYA SEBAGAI MENTERI BESAR. SETIAP KALI PROGARAM TURUN PADANG OLEH DR. ZABRY, PASTI MENDAPAT SAMBUTAN DAN RAKYAT BERPUAS HATI. PROGARAM MB MENEMUI RAKYAT DI AKAR UMBI DAN TIDUR DI MASJID, MEMBERI KESAN YANG POSITIF DAN BERJAYA MENCAPAI MATLAMATNYA.

DENGAN SEBAB ITU ADUN PR KHASNYA PAS YANG DI PERKUDA OLEH DAP, BERHEMPAS PULAS MEMBUAT CERITA KARUT MARUT MEMBURUK BURUKAN BN KHASNYA UMNO PERAK. BN TIDAK DEMOKRASI, MERAMPAS KUASA DAN BUAT UNDANG-UNDANG SENDIRI. DISAMPING MEREKA JUGA MENDESAK SUPAYA DUN DI BUBARKAN. SETIAP HARI PEMIMPIN PAS NEGERI, MEMBUAT KENYATAAN AKHBAR YANG TIDAK MASUK AKAL.

PESURUHJAYA PAS NEGERI, ABU BAKAR HUSSAIN, MENUDUH DR ZABRY ABDUL KADIR YANG TIDAK MEMBENARKAN ADUN BN MENGHADIRI SIDANG YANG DI BUAT DI HOTEL, SEBAGAI PENGECUT, SERTA MENUDUH BN MEMPERKUDAKAN POLIS BAGI MENGGAGALKAN SIDANG DUN ITU.

TOK NGAH NAK TANYA, POLIS KE JADI KUDA ATAU PAS PERAK YANG JADI KUDA TONGGANGAN? PAS ADA 6 KERUSI ADUN, BERAPA PERTUSKAH PENGUNDI YANG MENYOKONG MEREKA? JIKA SEKIRANYA DAP TIDAK KUDAKAN PAS, BERANIKAH PAS BERSUARA LANTANG? MEMBURUKAN BANGSA SENDIRI YANG SEAGAMA. LEBIH-LEBIH LAGI DALAM BULAN RAMADAN AL MUBARAK INI. APAKAH YANG PALING BAIK AMALANNYA?

ABU BAKAR HUSSAIN KATA, 7 KALI PILIHANRAYA KECIL DI ADAKAN BN TAK PERNAH MENANG. TETAPI SEDARKAH BELIAU, BERAPA KALI BERLAKU DI PERAK? LANTAS BELIAU MENGATAKAN RAKYAT PERAK SUDAH TIDAK MENYOKONG BN. TIDAKKAH BELIAU MEMBUAT KAJIAN BERAPA RAMAI PENYOKONG UMNO DARI 27 ADUN BERBANDING DENGAN HANYA 6 KERUSI ADUN PAS? JANGAN CAKAP IKUT LIDAH YANG SUDAH DIBELIT OLEH DAP. CAKAPLAH IKUT HADIS DAN AL QURAN. YANG MENYERU ORANG ISLAM ITU BERSAUDARA.

TOK NGAH MASIH TAK LUPA DENGAN UCAPAN ADUN PASIR PANJANG, SEMASA MENJADI MENTERI BESAR PERAK, BEGITU MEMUJI DAN BEKERJASAMA DENGAN ANGGOTA PDRM. DIMANA SAHAJA BELIAU PERGI POLIS ADA IKUT DAN MENJALANKAN TUGAS SEPERTI BIASA. KINI DAH TAK JADI MB BOLEH KATA POLIS DI PERKUDA DAN BERAT SEBELAH. INIKAH DASAR PAS, TIDAK MENGENANG BUDI? SEMASA MEMERLUKAN TENAGA PDRM, MERKA KATA POLIS BAIK DAN PROFESIONAL. BILA TAK DAPAT KERJASA DENGAN KERJA-KERJA KOTOR MEREKA, POLIS TIDAK BAIK.

PAS PERAK BUKANYA KUAT SANGAT, HANYA 6 KERUSI SAHAJA, APA YANG HENDAK DI HEBOHKAN. MATI HIDUP BALIK PUN TAKKAN DAPAT MERINTAH NEGERI PERAK, JIKA TIDAK TOLONG SEKONGKOL DENGAN DAP. OLEH ITU BUAT APA SAHAJA YANG DICANANG OLEH DAP. PAS IKUT SAHAJA. TOK NGAH NAK TANYA, PERNAHKAH PAS PERAK MENGANJURKAN SUPAYA ADUN DAP IKUT BERPUASA DALAM BULAN RAMADAN INI? DAN BERAPA ORANG DAH AHLI DAP MEMELOK ISLAM?

TOK NGAH.