Labels

Sunday, September 27, 2009

NASIB ORANG LAMA "VETERAN".

SEMENJAK DUA MENJAK NI, BANYAK KOMEN DITUJUKAN KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN LAMA ( VETERAN ) POLITIK, SAMA ADA DALAM BN ATAUPUN PR. YANG HEBATNYA YANG MEMBUAT KOMEN PUN ORANG VETERAN JUGA. INI SATU PERKEMBANGAN YANG POSITIF DAN BAIK DI CONTOHI.

MULA-MULA SEKALI KITA DIKEJUTKAN OLEH Y.BHG. TUN DR MAHATHIR, MANTAN PERDANA MENTERI YANG MENEGUR DS S. SAMY VELLU, SUPAYA BERUNDUR DARI MIC. KEMUDIAN MENASIHATKAN TS ISA SAMAD SUPAYA TARIK DIRI DARI MENJADI CALUN DUN BAGAN PINANG. YANG TERBARU MURSIDUL AM PAS PULA CABAR SUPAYA YB IBRAHIM ALI LETAK JAWATAN. KEMUDIAN DI SANGGAH BALIK OLEH YB IBRAHIM ALI, AGAR DATUK NIK AZIZ SENDIRI LETAK JAWATAN KERANA SUDAH TERLALU LAMA PEGANG JAWATAN MENTERI BESAR, TIDAK ADA APA PERUBAHAN BERLAKU DI KELANTAN.

SEMUA MEREKA YANG MENEGUR DAN YANG KENA TEGUR ITU IALAH ORANG LAMA BERKECIMPUNG DALAM POLITIK "VETERAN". MASING-MASING TELAH BERUSIA 60 TAHUN KE ATAS. SUDAH MASAK DAN MAHIR DENGAN MAINAN SERTA ASAM GARAM POLITIK TANAH AIR.

DARI SUDUT PANDANGAN TOK NGAH, INI MERUPAKAN SATU KENYATAAN YANG TIDAK BOLEH TIDAK KITA SEMUA KENA TERIMA DAN MUASABAH DIRI. SETIAP YANG HIDUP AKAN MATI DAN YANG MUDA AKAN JADI TUA DAN YANG DI BAWAH AKAN NAIK DAN YANG DI ATAS AKAN JATUH ATAU TURUN. LUMRAH ALAM DIJADIKAN OLEH ALLAH BERPASANG-PASANGAN.

DEMIKIANLAH KETENTUAN ALLAH, YANG LAMA AKAN DI GANTI DENGAN YANG BARU, YANG TUA AKAN DIGANTI DENGAN YANG MUDA DAN YANG KOTOR AKAN DI GANTI DENGAN YANG BERSIH. SEBAGAIMANA LAGU KLASIK MELAYU TUDUNG PERIUK " KAIN YANG BURUK BERIKAN KAMI BUAT MENYAPU SI AIR MATA" OLEH ITU USAHLAH DI KESAL ATAU DITANGISI, MEMANG SUDAH NASIB ORANG LAMA "VETERAN" AKAN BERUNDUR ATAU DI UNDURKAN.

INILAH PERUBAHAN YANG WAJIB DITERIMA OLEH SEMUA ORANG. SESUAI DENGAN SLOGAN RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. PERUBAHAN DAN PENGORBANAN PASTI BERLAKU. SETIAP YANG BERJASA DAN BERBAKTI KEPADA NEGARA, BANGSA DAN AGAMA TETAP DIKENANG DAN ADA GANJARANNYA. BERUNDUR BUKANNYA BERMAKNA TAKUT ATAU MENGALAH, TETAPI ITU MERUPAKAN PENGORBANAN YANG AMAT BESAR DA TINGGI NILAINYA. KEMULIAAN SESEORANG ITU, IALAH ADANYA SIKAP IKHLAS, BIJAKSANA DAN TOLERANSI.

OLEH YANG DEMIKIAN TOK NGAH INGIN MENARIK PERHATIAN SEMUA, SUPAYA MEREKA YANG SEBAYA DENGAN TOK NGAH YANG BERUSIA 60 TAHUN KE ATAS, TERUSKAN BERGIAT DAN BERBAKTI MENGIKUT SALURAN YANG KEDUA, SESUAI DENGAN USIA, FIKIRAN DAN FIZIKAL KITA IAITU SALURAN ORANG VETERAN. TOK CADANGKAN SUPAYA DI WUJUDKAN SEBUAH "YAYASAN VETERAN MALAYSIA" DIMANA AHLI VETERAN BOLEH BERBAKTI MENERUSI YAYASAN TERSEBUT. SELAIN DARI ITU AHLI-AHLI VETERAN ISLAM BOLEH MENGIMARAHKAN MASJID-MASJID, SUARAU DAN RUMAH ANAK YATIM DI SELURUH NEGARA. YANG BUKAN ISLAM BOLEH BERBAKTI DI RUMAH-RUMAH KEBAJIKAN DAN BADAN SOSIAL.

TOK NGAH AMAT SETUJU SANJUNG TINGGI DENGAN SIKAP Y.BHG. TUN DR MAHATHIR, Y.BHG. TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI, MEREKA IKHLAS DAN JUJUR. INILAH CONTOH TERBAIK BUAT KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

TOK NGAH.