Labels

Saturday, September 26, 2009

SIKAP ORANG MALAYSIA.

SEBUT PASAL SIKAP, MEMANG BANYAK PERSOALAN BOLEH DITIMBULKAN MALAH PELBAGAI PIHAK TELAH MEMBERIKAN PANDANGAN MASING-MASING BERHUBUNG SIKAP ORANG MALAYSIA.

YANG TERBARU, SIKAP PEMANDU RAKYAT MALAYSIA. HINGGA KETUA POLIS NEGARA SENDIRI MERASA BIMBANG DAN KESAL DENGAN SIKAP ORANG MALAYSIA, KHASNYA KETIKA MEMANDU KENDERAAN. TERUTAMANYA SEMASA MUSIM PERAYAAN, BANYAK SEKALI BERLAKU KEMALANGAN JALAN RAYA. SEBAHAGIAN BESARNYA ADALAH DI SEBABKAN SIKAP PEMANDU ITU SENDIRI. OP SIKAP YANG KE 20 BARU-BARU INI, MENCATATKAN LEBIH DARI 200 KEMATIAN PALING RAMAI IALAH PENUNGGANG MOTOSIKAL.

BAGAIMANA DAN SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB BAGI MENGUBAH SIKAP RAKYAT MALAYSIA TERUTAMANYA PEMANDU KENDERAAN DAN PENUNGGANG MOTOSIKAL? SEKALI PUN DI KENAKAN HUKUMAN MATI, RAKYAT MALAYSIA TIDAK TAKUT, INI KAN PULA DENDA RM300, KACANG AJE...UNDANG-UNDANG TINGGAL UNDANG-UNDANG, KESALAHAN TETAP BERLAKU. SIKAP BERANI DAN TIDAK SEGAN MELANGGAR UNDANG-UNDANG, RAKYAT MALAYSIA ADALAH JUARA.

APAKAH RAKYAT MALAYSIA PERLU BELAJAR UBAH SIKAP DARI RAKYAT JEPUN ATAU SINGAPURA.? APA YANG UMUM KETAHUI, KADAR KEMALANGAN JALAN RAYA YANG MELIBATKAN KEMATIAN DI KEDUA-DUA NEGERA TERSEBUT AMAT KURANG DAN SIKAP RAKYATNYA BEGITU BAIK DAN BOLEH DIJADIKAN CONTOH.

SEBENARNYA SIKAP MANUSIA BOLEH BERUBAH DAN BOLEH DI BENTUK DENGAN GALAKAN DAN PAKSAAN. CONTOHNYA; JIKA RAKYAT MALAYSIA MEMANDU DI SINGAPURA, MEREKA TERUS BERUBAH SIKAP DARI AGRESIF KEPADA BERHEMAH, KENAPA? DEMIKIAN JUGA DENGAN PEMANDU DARI SINGAPURA, APABILA BERADA DI MALAYSIA, MEREKA JUGA TURUT MENJADI AGRESIF.

PERSOALANNYA IALAH SIKAP HORMAT TERHADAP UNDANG-UNDANG ATAU PERATURAN ITU PERLU DIMOTIVAT MELALUI TINDAKAN YANG TEGAS DAN PANTAS. DI SINGAPURA SETIAP KESALAHAN JALANRAYA ATAU PEMANDU YANG MELETAKAN KEMDERAAN SEBARANGAN, PASTI DALAM TEMPUH YANG SINGKAT DAN PANTAS TINDAKAN UNDANG-UNDANG AKAN DIKENAKAN. DENGAN CARA ITU SEMUA PEMANDU TIDAK AKAN BERANI MELAKUKAN KESALAHAN. JIKA TIDAK BAYAR KOMPAUN ATAU TAK CUKUP WANG TIDUR DALAM LOKAP.

OLEH ITU TOK NGAH CADANGKAN KEPADA PDRM, JPJ DAN KERAJAAN MALAYSIA AMBIL PERATURAN DAN SISTEM LALULINTAS YANG DI AMALKAN DI SINGAPURA ITU DI BAWA KE K.LUMPUR, PULAU PINANG ATAU MELAKA SEBAGAI PERMULAAN.

TOK NGAH.