Labels

Tuesday, September 22, 2009

PERISTIWA BULAN SEPTEMBER.

BULAN SEPTEMBER MEMPUNYAI KENANGAN DAN SEJARAH TERSENDIRI. BANYAK PERISTIWA DAN TRAGEDI BERLAKU DALAM BULAN SEPTEMBER, DILUAR MAHU PUN DI DALAM NEGERI.

TOK NGAH TERTARIK DENGAN RENCANA YANG DITULIS OLEH SAUDARA AMIRUL DZULKIFLI DALAM HARIAN SINAR 22 SEPTEMBER 2009 YANG LALU. SEMPENA HARI BAIK BULAN BAIK IAITU 3 SYAWAL 1430, DIMANA UMAT ISLAM SEDANG RANCAK MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. SEHUBUNG DENGAN ITU, TOK NGAH JUGA MEMPUNYA DUA PERISTIWA PENTING BERLAKU DALAM BULAN SEPTEMBER YANG TIDAK BOLEH DI LUPAKAN HINGGA KE AKHIR HAYAT.

PERTAMANYA BERLAKU PADA 16 SEPTEMBER 1963, DI MANA TOK NGAH SENDIRI TERLIBAT DALAM BERBARISAN KAWAD KEHORMATAN SAMBUTAN PENUBUHAN MALAYSIA, DI PUSAT LATIHAN POLIS K.LUMPUR, PULAPOL. PEBARISAN ITU DI BUAT DENGAN PENUH SEMANGAT DAN TERTIB. YANG ISTIMEWANYA TOK NGAH KETIKA ITU BARU SAHAJA SEMINGGU TAMAT LATIHAN SEBAGAI ANGGOTA PANGKAT RENDAH PDRM.

RASA BANGGGA DAN TERHARU TURUT MEBALUT JIWA RAGA TOK NGAH, KERANA ITULAH PERTAMA KALI SEBAGI ANAK KAMPUNG YANG TURUT SAMA MENYAMBUT HARI YANG PENUH BERSEJARAH DAN BERMAKNA ITU. TIDAK DAPAT HENDAK DI GAMBARKAN BETAPA GEMBIRA DAN BERSEMANGAT SEJAK DARI MULA BERLATIH HINGGALAH KE HARI PERISTIWA ITU DIISTIHARKAN, IAITU PEMBENTUKAN MALAYSIA DI MANA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, SINGAPURA, SABAH DAN SARAWAK BERGABUNG MENJADI SATU. ITU LAH TARIKH ILAHIRNYA MALAYSIA.

SETELAH 45 TAHUN BERLALU, 16 SEPTEMBER 2008 RAKYAT MALAYSIA DI KEJUTKAN OLEH DS AMWAR IBRAHIM DAN KUNCU-KUNCUNYA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN BN. BETAPA SEDIH DAN PILUNYA RASA JIWA TOK NGAH MUNGKIN JUGA RAKAN-RAKAN TOK NGAH ( SEMUANYA DAH BERSARA ) MERASA SEPERTI MANA YANG TOK NGAH RASA. MUJURLAH PERKARA YANG TIDAK WAJAR ITU TIDAK BERLAKU. PUN BEGITU, 16 SEPTEMBER 2009 YANG BARU LALU ( 26,RAMADAN ), TOK NGAH TERTANYA-TANYA DAN MENUNGGU DENGAN RASA BERDEBAR APAKAH CITA-CITA DS ANWAR IBRAHIM HENDAK BERARAK KE PUTRAJAYA BENAR-BENAR BERLAKU, SYUKURLAH BN MASIH SELAMAT DAN BERKUASA LAGI.

PERISTIWA KEDUA YANG TOK TEMPUH DAN DAN TAK BOLEH LUPA IALAH
2 SEPTEMBER, 1965