Labels

Wednesday, September 23, 2009

TOLAK MEREKA YANG TAMAK & JUMUD.

ALHAMDULILLAH, UMAT ISLAM DI SELURUH MALAYSIA DAPAT MENYAMBUT AIDILFITRI DENGAN PENUH RIANG GEMBIRA, KHAS DI NEGERI PERAK, SEDIKIT PUN TIDAK ADA RASA TAKUT ATAU TERGANGGU DENGAN ANCAMAN YANG TIDAK DI INGINI.

SEGENAP LAPISAN RAKYAT TIDAK MENGIRA KAUM, BANGSA DAN AGAMA RAKYAT NEGERI PERAK NAMPAK RANCAK MERAYAKAN AIDILFITRI TAHUN INI, DENGAN KUNJUNG MENGUNJUNG KE RUMAH RAKAN DAN TAULAN TERMASUK KE RUMAH PEMIMPIN. SUASANA AMAN DAN SELESA JELAS TERPANCAR DI MANA SAHAJA KITA PERGI. INILAH NIKMAT DAN RAHMAT YANG DIBERI OLEH ALLAH KEPADA UMAT ISLAM KHASNYA DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.

SEJAK HARI SABTU PAGI, UMAT ISLAM TELAH SIBUK MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK MENYAMBUT HARI RAYA, DI PASAR DAN KOMPLEK BELI BELAH PENUH SESAK DENGAN ORANG RAMAI BUKAN SAHAJA ORANG ISLAM, MALAH YANG BUKAN ISLAM JUGA TURUT SAMA MENGAMBIL KESEMPATAN, MEMBELI DI SAAT-SAAT AKHIR, UNTUK MENYAMBUT KEDATANGAN SYAWAL AL MUBARRAK.

SUNGGUH UNIK DAN BERBEZA SEKALI JIKA DIBANDINGKAN DENGAN NEGARA-NEGARA LAIN. KEADAAN BEGINILAH MEMBUATKAN NEGARA KITA MENJADI CONTOH EDOLA KEPADA BANYAK NEGARA ISLAM YANG LAIN DI DUNIA. SEBAGAI RAKYAT YANG SETIA, KITA ADALAH WAJIB MEMBERI SEPENUH SOKONGAN KEPADA PEMIMPIN DAN PEMERINTAH NEGARA KITA YANG DAPAT MENSTABILKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT SELAMA INI.

KEPADA PASUKAN KESELAMATAN SEPERTI POLIS, TENTERA, BOMBA DAN AGENSI KERAJAAN YANG BERTUGAS SIANG DAN MALAM, SEHARUSNYA DI HARGAI DAN DI UCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KERANA BERSIAP SEDIA MEMBERIKAN KHIDMAT KEPADA RAKYAT DAN NEGARA.

DALAM KITA HIDUP DENGAN PENUH AMAN DAN DAMAI INI, TERDAPAT JUGA SEGELINTIR MANUSIA YANG INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGKUCAR KACIRKAN KEADAAN, DEMI MEMENUHI HASRAT HATI SENDIRI ATAU KELUMPUK MEREKA. INILAH YANG DIKATAKAN DAJAL AGAKNYA. TIDAK HENTI-HENTI MENIMBULKAN SPEKULASI SERTA MERACUN FIKIRAN DAN JIWA RAKYAT YANG SETIA.

TOK NGAH RASA HAIRAN DAN PELIK DENGAN KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH IR MOHD NIZAR JAMALUDDIN, DALAM SINAR HARIAN 23 SEPTEMBER 2009 HALAMAN P2. TOLAK MEREKA YANG ZALIM DAN TIDAK ADIL. AYAT ITU BETUL DAN SANGAT CANTIK, TETAPI SETERUNYA BELIAU MENEGASKAN BAHAWA KEMELUT POLITIK DAN RAMPASAN KUASA PADA 5 FEBRUARI LALU TELAH MENYEBABKAN PERAK DILANDA MALANG DAN KRISIS. YANG PELIKNYA BELIAU TERUS MEMBUAT SERUAN SUPAYA RAKYAT PERAK MEMBUAT PERUBAHAN BESAR-BESARAN DALAM PILIHANRAYA YANG AKAN BERLAKU DALAM MASA TERDEKAT INI.

WAJARKAH SEORANG PEMIMPIN, MENYERU DAN MEMBANGKITKAN SUASANA YANG MEMBIMBANGKAN RAKYAT DI HARI BAIK BULAN BAIK INI? KALAU NAK KEMPEN BIARLAH MASA PILIHANRAYA BUKANYA SEMASA MENYAMBUT HARI RAYA. SIKAP SUKA MENCEMAR DAN MENAFIKA YANG BENAR SEPERTI INI, AMAT JIJIK DAN WAJIB DI TENTANG HABIS HABISAN. SEBAGAI MANUSIA YANG SIUMAN DAN BERLATAR BELAKANGKAN PENDIDIKAN TINGGI, SEHARUSNYA BELIAU MENYERU KEPADA YANG POSITIF BUKANNYA NAGATIF.

TOLAK MANA-MANA YANG BERJUANG DI ATAS PRINSIP PERKAUMAN DAN ASOBIYAH KERANA DIA (PERJUANGAN BERTERASKAN PERKAUMAN ) TIADA TEMPAT DALAM ISLAM. KEPADA SIAPA DAN PARTI MANA YANG MENGAMALKAN PRINSIP ASOBIYAH ITU? BAGAIMANA DENGAN DAP YANG PAS DAKAP SELAMA INI? ADAKAH ISLAM BERADA DALAM DAP? ATAU DAP ADA DALAM PAS?

NAMPAKNYA PEMIMPIN PAS DAN PR NEGERI PERAK, MASIH MENARUH HARAPAN UNTUK MERAMPAS KEMBALI KERAJAAN NEGERI PERAK DARI BN YANG DI TERAJUI OLEH UMNO. PELBAGAI PERKARA YANG REMEH DAN TIDAK MASUK AKAL DI BANGKITKAN OLEH MEMIMPIN PR KHASNYA PAS PERAK. BERMULA DENGAN MESYUARAT DI BAWAH POKOK, DIHALAU KELUAR DARI DEWAN RAKYAT HINGALAH KE MESYUARAT DI HOTEL, KINI TIMBUL PULA MENCONTENG DAN MEMBALING CAT MERAH ATAS KAIN RENTANG SELAMAT HARI RAYA MENTERI BESAR PERAK DAN MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA.

TOK NGAH RASA RAKYAT PERAK PASTI FAHAM DAN BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN, ANDAINYA ANDA DI BERI KUASA MENGHAKIM.

TOK NGAH.