Labels

Tuesday, September 1, 2009

TAK PERLU PARTI BARU.

TIAN CHUA DARI PKR, MENCADANGKAN SUPAYA NAJIB TUN RAZAK MENUBUHKAN SEBUAH PARTI BARU JIKA HENDAK MERUNTUHKAN TEMBOK PERKAUMAN.

APA PERLUNYA SEBUAH PARTI UNTUK MEMBENTUK PERPADUAN KAUM...? SELAMA INI TIDAK ADA PERPADUAN KAH? BERAPA RAMAI DAN SIAPAKAN YANG TIDAK MAHUKAN PERPADUAN ITU WUJUD? DIKALANGAN RAKYAT JELATA SIAPAKAN YANG SUKA MEMROSAKAN PERPADUAN?

SEJAK ZAMAN TOK NENEK KITA LAGI PERPADUAN TELAH WUJUD DAN BERKEMBANG HINGGA KITA MERDEKA. TEMPOH YANG PANJANG ITU, BUKANNYA BERLALU TANPA KESAN. GENARASI 30AN, 40AN SUDAH CUKUP SINONIM DENGAN ADAT RESAM ANTARA KAUM YANG ADA DI NEGARA INI. CONTOH YANG BOLEH KITA LIHAT DI MELAKA, KELANTAN, TERENGGANU DAN PULAU PINANG. TERDAPAT KAUM CHINA DAN INDIA YANG BERTUTUR DAN BERPAKAIAN SEPERTI ORANG MELAYU. MALAH BERSEKOLAH MELAYU, MAKAN CARA MELAYU.

SELEPAS TRAGEDI 13 MEI 69, PERPADUAN KAUM TELAH DIUSAHAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN BN KHASNYA UMNO, AGAR TIDAK PECAH DAN HANCUR. DENGAN ADANYA PEMBANGKANG, DAN WUJUDNYA PELBAGAI PARTI POLITIK, KONON UNTUK MENSTABILKAN IKLIM POLITIK NEGARA, TETAPI PEMIMPINNYA MENYIMPANG DAN MEMPUNYAI CITA-CITA YANG LARI DARI DASAR SUCI PARTI. PEMBANGKANG BANYAK MEMBINA TEMBOK-TEMBOK PERKAUMAN YANG DI KENALPASTI, LANTARAN ITU RAKYAT MENJADI KELIRU.

SARANAN DAN HASRAT YAB PERDANA MENTERI UNTUK MEMBAIK PULIH JAMBATAN DAN MEROBOHKAN TEMBOK PEMISAH RAKYAT PELBAGAI KAUM, SEWAJARNYA DI SAMBUT DENGAN PENUH JUJUR DAN IKHLAS OLEH SEMUA KAUM MAHUPUN PARTI PEMBANGKANG. BUKANNYA UNTUK MENUBUHKAN SEBUAH PARTI BARU UNTUK SEMUA KAUM.

DEWAN NEGERI DAN PARLIMEN ADALAH DEWAN ATAU MAJLIS YANG MENGGUBAL UNDANG-UNDANG YANG TERTINGGI. SEMUA AHLI PARLIMEN DAN ADUN ADALAH BERTANGGUNGJAWAB DAN WAJIB MENJALANKAN TUGAS DAN AMANAT YANG DIBERI OLEH RAKYAT, SEBAGAI WAKIL DI PERINGKAT NEGERI DAN NEGARA.

TIAN CHUA KATA KERAJAAN KITA TIDAK BERSATU. KENAPA TIDAK BERSATU? SIAPA PERLU BERSATU? BUKANKAH TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN DAN WAKIL-WAKIL RAKYAT YANG DIPILIH BERTANGGUNGJAWAB UNTUK BERSATU? DEMI NEGARA, BANGSA DAN AGAMA?

SESEBUAH KERAJAAN YANG KUKUH DAN STABIL, BUKAN SAHAJA DIDUKONG OLEH PIHAK PEMERINTAH, MALAH PEMBANGKANG JUGA PERLU JUJUR DAN IKHLAS MEMBERI IDEA DAN CADANGAN MENGIKUT KEHENDAK PERLEMBAGAAN. BUKANNYA UNTUK MEMBANGKITKAN RASA BENCI DAN TIDAK PUAS HATI SEPANJANG PERSIDANGAN DEWAN ATAU PARLIMEN. DALAM PARLIMEN KERAJAAN TIDAK BETUL MALAH DI LUAR DEWAN JUGA DIKATAKAN KERAJAAN TIDAK BETUL. JIKA INI PERSEPSI YANG ADA, SAMPAI BILA PUN NEGARA TIDAK AKAN STABIL.

SARANAN SATU MALAYSIA, OLEH YAB PERDANA MENTERI, TIDAK PERLU DI SALAH TAFSIR ATAU DI PERLEKEHKAN. SELURUH RAKYAT MALAYSIA HARUS MENERIMA DAN BERUSAHA KE ARAH TERSEBUT. MATLAMAT PEMERINTAH DAN PEMBANGKANG ADALAH SAMA. IAITU MEMAJUKAN NEGARA, MEWUJUDKAN KEAMANAN DAN MENGUKUHKAN EKONOMI RAKYAT. ANDAINYA ELEMEN DIATAS TERCAPAI, KERAJAAN MENJADI GAGAH DAN ANASIR JAHAT DARI LUAR DAPAT DI TERJAH DENGAN MUDAH.

KEHARMONIAN YANG TERJALIN SELAMA INI, JANGANLAH DINODAI DENGAN HASRAT SEBAHAGIAN PEMIMPIN YANG GELOJOH DAN PENUH DENGAN DENDAM KESUMAT. AGAMA ISLAM DAN LAIN-LAIN FAHAMAN, TIDAK SUKA DAN MEMANDANG JIJIK SIFAT TERSEBUT.

DENGAN ITU BIARPUN PELBAGAI PARTI, MATLAMATNYA SAMA, AYUH BEKERJASAMALAH RAKYAT MALAYSIA, DEMI NEGARA, BANGSA DAN AGAMA YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN.

TOK NGAH.