Labels

Thursday, September 3, 2009

SEORANG SOKONG, SATU TAK SOKONG...

PAS ( PARTI ANGKATAN SESAT ) SEKALI LAGI MEMBUAT CADANGAN SERTA PANDANGAN YANG MENGELIRUKAN RAKYAT, TERUTAMA ORANG MELAYU ISLAM. SEORANG SOKONG DAN SEORANG LAGI BANTAH TIDAK MENYOKONG.

MURSYIDUL AM PAS ( MENTERI BESAR KELANTAN ) MENYOKONG CADANGAN TIAN CHUA BAGI MENUBUHKAN SATU KOMPONEN PARTI YANG BOLEH DISERTAI SETIAP LAPISAN MASYARAKAT SEKIRANYA IA DAPAT MENYATUPADUKAN PERPADUAN RAKYAT DI NEGARA INI. MALAH PAS JUGA SANGGUP DIROMBAK ASALKAN PARTI BARU ITU MENGAMALKAN DASAR DAN PRINSIP ISLAM SEPERTI MANA YANG DIAMALKAN OLEH PAS.

SUNGGUH HAIRAN DAN PELIK BAGAIMANA MURSYIDUL AM BOLEH MEMBUAT KENYATAAN DEMIKIAN? BEGITU MUDAH DAN SENANG BELIAU MENYAMBUT PANDANGAN YANG DIANJURKAN OLEH SEORANG YANG BUKAN ISLAM. DAN MENGHARAPKAN MEREKA AKAN MENGAMALKAN DASAR ISLAM. UMNO YANG DI PIMPIN OLEH BANGSA SENDIRI YANG BERAGAMA ISLAM DI TOLAK, MALAH DI KATAKAN TIDAK MASUK SYORGA.

MUNGKIN MENTERI BESAR KELANTAN ITU SUDAH LUPA DENGAN KATA-KATA KARPAL SINGH "LANGKAH MAYATNYA DAHULU JIKA HENDAK MELAKSANAKAN HUKUM HUDUT ".

PADA PANDANGAN TOK NGAH, TIDAK PERLU DAN TIDAK AKAN JADI DENGAN SARANAN TERSEBUT. JIKA BENAR-BENAR PEMBANGKANG RAKYAT (PR) HENDAK BERSATU DAN MENGUKUHKAN PERPADUAN, IKUT SAHAJA SEPERTI YANG TELAH DILAKUKAN OLEH BN YANG DITERAJUI OLEH UMNO. KITA BARU SAHAJA MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE 52 TAHUN. DALAM TEMPUH LEBIH SETENGAH ABAT ITU, BN MEMERINTAH, RAKYAT HIDUP AMAN DAMAI, HARMONI, TIDAK ADA PEMBERONTAKAN SEPERTI YANG TERJADI DI LAIN-LAIN NEGARA JIRAN.

NEGARA KITA MALAYSIA, TERKENAL DI SELURUH DUNIA. DAN KINI SEDANG RANCAK UNTUK MENUJU KE ARAH NEGARA MAJU, DAN NEGERI SELANGOR TELAH PUN MENGISTIHARKAN SEBAGAI NEGERI MAJU. MENJELANG 2020 BEBERAPA NEGERI LAGI AKAN MENGISTIHARKAN SEBAGAI NEGERI MAJU, BAGAIMANA DENGAN KELANTAN?

DARIPADA MENUBUHKAN SEBUAH PARTI BARU LEBIH BAIK (PR) TERUS BERGERAK SEPERTI SEKARANG, DAN UNTUK LEBIH MANTAP LAGI DALAM PRU KE 13 NANTI KELANTAN MUNGKIN MELETAKAN CALUN-CALUN DARI PKR, DAP DAN PAS SEBAGAI TANDA PERPADUAN YANG KUKUH. MUNGKIN TIAN CHUA ATAU KARPAL SINGH BOLEH JADI MENTERI BESAR.

DISAMPING ITU, ADA PULAK YANG GATAL MULUT DAN SEOLAH -OLAH LEBIH SUDU DARI MANGKUK. KONONNYA MUSA HASSAN TIDAK HARUS DI SAMBUNG PERKHIDMATANNYA. KERANA JENAYAH MENINGKAT, WUJUDNYA PENGLIBATAN KONGSI GELAP DALAM PDRM BAGI MENGATUR KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI POLIS. INI MERUPAKAN TUDUHAN YANG MELAMPAU DAN DUNGU. PERNAHKAH NAIB PRESIDEN PAS ITU BERKHIDMAT DALAM PDRM? BERAPA ORANG PENJENAYAH YANG BELIAU TELAH TANGKAP? KUMPULAN SAMSING MANA YANG BELIAU SERTAI?

UNTUK MENCHEGAH JENAYAH BUKANNYA TANGGUNGJAWAB PDRM SAHAJA, WAKIL RAKYAT DAN PEMIMPIN POLITIK JUGA WAJIB MELAKSANAKANYA. KALAU HENDAK TAHU BAGAIMANA INTEGRITI SEBAGAI SEORANG ANGGOTA POLIS, TOK NGAH CADANGKAN SUPAYA NAIB PRESIDEN PAS DATUK MAHFUZ OMAR MENDAFTAR DIRI SEBAGAI ANGGOTA SUKARELAWAN POLIS.

JIKA BERTUJUAN UNTUK MEMPERBAIKI PDRM BUKANNYA MENUDUH ATAU MEMBUAT TELAHAN YANG MENYINGGUNG SELURUH ANGGOTA PDRM. CAMPUR TANGAN TUGAS YANG DIPERTUAN AGONG ADALAH SATU TINDAKAN YANG BIADAP DAN TIDAK BERINTEGRITI. SEPATUTNYA DATUK MAHFUZ MEMBUAT KAJIAN BAGAIMANA UNTUK MEMPERBAIKI KEMUDAHAN ATAU KENBAJIKAN ANGGOTA PDRM DARI MASA KEMASA. CUBALAH RASA BAGAIMANA MENJADI PEGAWAI PENYIASAT, LIHAT SENDIRI PEJABAT TEMPAT MEREKA BERTUGAS, MEMBUAT OPERASI MENCEGAH JENAYAH DAN SEBAGAINYA. SETELAH ITU BOLEHLAH BUAT CADANGAN KEPADA KERAJAAN, ITU LEBIH BAIK DAN PRAKTIKAL.

TOK NGAH.