Labels

Monday, October 26, 2009

BAJET BERHEMAH DAN BERBALOI.

TAHNIAH DAN SYABAS DI UCAPKAN KEPADA PERDANA MENTERI YAB DATO' SERI MOHD NAJIB TUN ABD RAZAK, YANG BERANI DAN BERJAYA MEMBENTANGKAN BAJET 2010.

BANYAK PIHAK YANG MEMBUAT KOMEN DAN MEMBERI ULASAN BERHUBUNG BAJET YANG TELAH DIBENTANGKAN ITU. SEMUANYA MEMPUNYAI ALASAN DAN LOJEK SENDIRI. SAMA ADA PUAS HATI ATAU TIDAK, BAJET TERSEBUT ADALAH PERLU DAN SEHARUSNYA DISAMBUT DENGAN DADA YANG LAPANG. KOK ADA BAIKNYA KITA BERSYUKUR DENGAN APA YANG TELAH DITAKDIRKAN OLEH ALLAH, TERBUKA HATI PM DAN JEMAAHNYA MENYEDIAKAN BAJET SEDEMIKIAN RUPA.

TOK NGAH DAN MEMBER VETERAN SEMUA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YAB DATO' SRI MOHD NAJIB, YANG BERMURAH HATI MEMBERIKAN SUMBANGAN KHAS RM500.00 SEORANG KEPADA KAKITANGAN AWAM TERMASUK YANG BERSARA WAJIB. SEBAIKNYA DIPANJANGKAN KEPADA YANG BERSARA PILIHAN, KERANA MEREKA JUGA PESARA YANG MEMERLUKAN.

SETERUSNYA TOK NGAH AMAT BANGGA DENGAN PERUNTUKAN YANG AGAK BESAR DI BERI KEPADA PASUKAN PDRM. DENGAN ITU KEMENTERIAN DALAM NEGERI YANG MENJADI PAYONG PDRM SUDAH PASTI TELAH BERSEDIA DAN MERANCANG PELBAGAI PERKARA DEMI PENAMBAHBAIKAN ANGGOTA DAN PASUKAN TERSEBUT.

TERUTAMANYA DALAM USAHA MENCEGAH JENAYAH, BIARLAH SEMUA PERINGKAT PEGAWAI PENYIASAT DIBERI PERHATIAN SEWAJARNYA. ANDAINYA PEGAWAI PENYIASAT BERADA DALAM KEADAAN TIDAK SELESA, KES BERTIMBUN, KERTAS SIASATAN TIDAK DAPAT DISIAPKAN OLEH KERANA KEMUDAHAN TIDAK LENGKAP, PASTI INDEK JENAYAH TIDAK DAPAT DITURUNKAN.

TOK NGAH.