Labels

Monday, October 26, 2009

NIK AZIZ HARUS BERUNDUR.

SEKALI LAGI RAKYAT NEGARA INI DI KEJUTKAN OLEH MURSYIDUL AM PAS, YAB DATUK NIK AZIZ NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN. CADANGAN YANG DIBUAT OLEHNYA MENGGEGARKAN SELURUH AHLI PAS.

TIDAK SAMPAI 24 JAM NIK AZIZ MENGUBAH FIKIRAN DARI MENGADAKAN EGM KEPADA MENYUARAT KHAS PERINGKAT TERTINGGI. DENGAN ITU TERCIPTALAH SATU LAGI SEJARAH DALAM PARTI PAS. SUNAMI YANG TIDAK MENJADI ITU TIDAK AKAN LENYAP BEGITU SAHAJA, MALAH MENJADI BUALAN DISEGENAP PERINGKAT PEMIMPIN PAS DAN RAKAN KONGSINYA DAP DAN PKR.

KERETAKAN YANG BERLAKU DALAM PAS JELAS, DAN PERLU DIBENDUNG ATAU DI ULIT SUPAYA TIDAK PECAH. NIK AZIZ BEGITU BIMBANG DAN TERANCAM DENGAN KEADAAN YANG BERLAKU DALAM PARTI ITU. KESAH YANG TIMBUL TIDAK JAUH BEZANYA DENGAN MCA. ITU SEBAB NIK AZIZ MINTA ADAKAN EGM KHAS, KONON ADA PEMIMPIN TERTINGGI PAS PRO KERAJAAN PERPADUAN PERLU DI SINGKIRKAN.

TOK NGAH NAMPAK, SUDAH SAMPAI MASANYA ORANG LAMA SEPERTI NIK AZIZ MEMBERI LALUAN KEPADA PEMIMPIN YANG LEBIH MUDA DAN TERBUKA PEMIKIRANYA. IKHLAS DAN JUJURLAH KEPADA DIRI SENDIRI, DI SAMPING ITU BERILAH KEPERCAYAAN KEPADA PELAPIS DAN KEPIMPINAN YANG SEDIA MENGISI KEKOSONGAN. TIDAK LARI GUNUNG DI KEJAR, ULAR TIDAK AKAN HILANG BISANYA SEKALIPUN MENYUSUP DIBAWAH AKAR.

SEKALIPUN KITA BOLEH DAN BERDAYA UNTUK MEMIMPIN, APA SALAHNYA PELUANG DI BERI KEPADA MEREKA YANG SETIA MENUNGGU BEGITU LAMA UNTUK DI ANGKAT? TIDAK KAH KITA KETAHUI DAN LIHAT DI NEGARA MAJU, PARA PEMIMPINNYA SILIH BERGANTI NAIK DAN TURUN?

ANDAINYA SINGKIR MENYINGKIR SESAMA SENDIRI DIAMALKAN, PASTI BERLAKU PERPECAHAN DAN TIDAK STABIL DALAM PARTI ITU. SEBAGAI ORANG YANG CUKUP MATANG DAN BERILMU, NIK AZIZ SEHARUSNYA MUASABAH DIRI DAN BERUNDUR DENGAN CARA YANG TERHORMAT.

TOK NGAH.