Labels

Tuesday, October 6, 2009

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA.

PEPATAH MELAYU BERKATA " ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA, ORANG MEMBERI KITA MERASA."

SEMUA ORANG MELAYU TERUTAMA ORANG KAMPUNG, FAHAM DAN ARIF APA MAKSUD PEPATAH LAMA TERSEBUT. BEGITULAH IBARATNYA UNTUK DINILAI KEPADA SESEORANG YANG TELAH BANYAK BERBUDI DAN MEMBERIKAN KHIDMAT BAKTINYA KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT. SEBELUM DAN SESUDAH PENAMAAN CALUN DUN BAGAN PINANG, NAMA TAN SRI ISA SAMAD TELAH BERMAIN DI SETIAP BIBIR PEMIMPIN DAN AHLI POLITIK SAMA ADA DIPIHAK KAWAN ATAU LAWAN.

PADA HEMAT TOK NGAH, TAN SRI ISA SAMAD KINI TELAH MENJADI MANGSA POLITIK DAN DIIBARATKAN SEBAGI KAMBING HITAM OLEH PELBAGAI PIHAK. INILAH SIKAP MANUSIA YANG DIJADIKAN ALLAH TIDAK SEMUANYA SEMPURNA. SEHUBUNG DENGAN ITU TOK NGAH, INGIN MENYARANKAH ATAU MENASIHATKAN KEPADA SEMUA PIHAK TERUTAMANYA PENYOKONG UMNO ATAU BN. AGAR HINDARKANLAH DARI MEMBUAT ANDAIAN MAHU PUN MENILAI SESEORANG ITU DENGAN PERASAAN IRI HATI, CEMBURU ATAU DENGKI.

KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI DI BAGAN PINANG, TOK NGAH MENYERU DAN MENASIHATKAN SUPAYA GUNAKAN FIKIRAN SENDIRI YANG PENUH IKHLAS DAN JUJUR. TAN SRI ISA YANG ANDA KENALI DAN MESRA SEBAGAI ANAK TEMPATAN DAN PERNAH BERBUDI DAN BERJASA KEPADA ANDA, SANAK SAUDARA ATAU RAKAN-RAKAN ANDA, ADALAH SEORANG TOKOH PEMIMPIN YANG PERLU DI ANGKAT SEBAGAI WIRA YANG MEMBELA NASIB PENGUNDI-PENGUNDI DI BAGAN PINANG.

UNTUK MEMBUAT PERBANDINGAN DENGAN CALUN PAS, JAUH BEZANYA SEPERTI LANGIT DENGAN BUMI. SAMA ADA DI BAGAN PINANG MAHUPUN DI NEGERI SEMBILAN AMNYA.

SELAMA 5 HARI TOK NGAH MEMBUAT TINJAUAN DI BAGAN PINANG, TOK NGAH DAPATI, RATA-RATA SEMUA PERINGKAT MASYARAKAT KENAL DAN MESRA DENGAN TAN SRI ISA SAMAD. PENGUNDI BAGAN PINANG MEMANG SUDAH BERSEDIA DAN TELAH MENETAPKAN PILIHAN MEREKA. SIAPA PEMIMPIN DAN WAKIL YANG MEREKA HARAPKAN UNTUK MEBINA HIDUP LEBIH BAIK DARI MASA KE SEMASA.

TOK NGAH.