Labels

Tuesday, October 6, 2009

TIDAK WAJAR SIAPA SALAH SIAPA.

MANUSIA DI JADIKAN ALLAH DENGAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN, PUN BEGITU SETIAP MANUSIA MEMPUNYAI KELEBIHAN DAN KEKURANGAN YANG DITENTUKAN OLEH ALLAH JUA.

OLEH YANG DEMIKIAN SEHARUSNYA KITA TIDAK WAJAR MENHINA ATAU MENYALAHKAN ORANG LAIN, SEMATA-MATA MEREKA TIDAK SEPENDAPAT ATAU SERASI DENGAN KITA. SELAGI BERNAMA MANUSIA ADA KELEBIHAN DAN ADA KEKURANGAN MASING-MASING. APA YANG MENJADI PERTIMBANGAN IALAH AMALAN DAN KHIDMAT KITA KEPADA SESAMA MANUSIA.

TOK NGAH RASA TERUJA DENGAN KENYATAAN YANG DILUAHKAN OLEH BEKAS PM KITA TUN DR MAHATHIR MUHAMAD TERHADAP TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI YANG TERSIAR DALAM SINAR HARIAN 6 OKTOBER 2009 YANG LALU. BELIAU MENGATAKAN " IMEJ UMNO TERCALAR DISEBABKAN BUDAYA RASUAH DIAMALKAN OLEH PEMIMPIN DAN AHLINYA SEMASA ERA PEMERINTAHAN TUN ABDULLAH." KENYATAN SEBEGINI SEHARUSNYA TIDAK DIHEBOHKAN DALAM MEDIA ATAU DI LUAHKAN SEMATA-MATA MELEPASKAN GERAM ATAU TIDAK PUAS HATI.

SEBAGAI AHLI VETERAN UMNO, TOK NGAH DAN RAKAN-RAKAN RASA AMAT KESAL DAN KECEWA DENGAN KENYATAAN TERSEBUT. APA YANG PERLU KITA LAKUKAN SEKARANG IALAH MENCARI JALAN DAN MEMBETULKAN APA JUA KESILAPAN ATAU KESALAHAN YANG LALU. MOHON KEAMPUNAN DARI ALLAH ATAS SEGALA KESILAPAN, KETERLANJURAN DAN DOSA YANG ADA.

RASUAH, MINUM ARAK, BERJUDI, PEMBUNUHAN DAN BERZINA TELAH WUJUD SEJAK ZAMAN TOK ADAM LAGI. HANYA MANUSIA YANG BERIMAN SAHAJA YANG TAKUT DAN TIDAK SANGGUP MELAKUKANYA. ADALAH MENJADI KEWAJIBAN PEMIMPIN DAN AHLI ILMUAN UNTUK MENDIDIK DAN MENUNJUK AJAR KEPADA MEREKA YANG TERPESONA DENGAN KEHENDAK DUNIA HARI INI.

UNTUK BERUBAH DARI SATU IMEJ KE IMEJ YANG LEBIH BAIK, BUKAN DENGAN MENCACI ATAU MEMFITNAH SESAMA MANUSIA. GUNAKANLAH SEBAIK-BAIK FIKIRAN YANG BOLEH DITERIMA SEMUA PIHAK.

TOK NGAH.