Labels

Sunday, January 17, 2010

DULU LETAK JAWATAN KINI TERIMA BALIK.

PERLANTIKAN JAWATANKUASA MASJID DI NEGERI PERAK NAMPAKNYA TIDAK SUNYI DENGAN KOMEN DAN BANTAHAN DARI MEREKA YANG TIDAK PUAS HATI.

APA PUN KEPUTUSAN TELAH DI BUAT, SENARAI NAMA JAWATANKUASA YANG BARU TELAH DIEDARKAN KEPADA MASJID-MASJID YANG BERKENAAN TERMASUKLAH MASJID KARIAH TOK NGAH SENDIRI. APA YANG MENJADI PERSOALAN DAN TANDA TANYA, IALAH CARA PERLANTIKAN ATAU CARA SENARAI NAMA YANG DIHANTAR KEPADA MAIP ITU TIDAK MENGIKUT LUNAS-LUNAS DEMOKRASI. LEBIH-LEBIH LAGI MENGIKUT CARA ISLAM JAUH SEKALI.

CONTOHNYA DI SESETENGAH MASJID SAMPAI TIGA SENARAI JAWATANKUASA DI HANTAR. YANG PELIKNYA PIHAK YANG MENGHANTAR SENARAI ITU TIDAK PUN BERBINCANG DENGAN PENGERUSI DAN JAWATANKUASA YANG SEDIA ADA. KONON KESAHNYA ADA ARAHAN DARI ATAS...? JIKA BEGINI CARANYA MEREKA UNTUK MENDAPATKAN JAWATAN BAGI MENGURUSKAN RUMAH ALLAH YANG MULIA DAN SUCI ITU, DIMANA KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN MEREKA. ADAKAH CARA DEMIKIAN DIKATAKAN DEMOKRASI DAN BERSIH?

APA YANG ELBIH MEMALUKAN IALAH ADA DI ANTARA PENGERUSI YANG DILANTIK, PERNAH MELETAKAN JAWATAN BEBERAPA TAHUN YANG LALU, TETAPI KINI MENERIMA KEMBALI JAWATAN TERSEBUT. APAKAH ADA AGENDA ATAU MAKSUD TERTENTU MEREKA BERBUAT DEMIKIAN? ALASAN SEMASA MELETAK JAWATAN DULU ADALAH TIDAK MAMPU DAN TIDAK BERMINAT. APAKAH KEMAMPUAN DAN MINAT ITU DATANG KEMBALI? SEDANGKAN BANYAK PROGRAM YANG DI ADAKAN DI MASJID MEREKA TIDAK PERNAH TURUT CAMPUR, MALAH BANYAK BUAT KOMEN YANG NAGATIF.

UNTUK TIDAK MENGERUHKAN KEADAAN, SEHARUSNYA PEMILIHAN DIBUAT HENDAKLAH BERMUAFAKAT. KALAU PUN JAWATANKUASA YANG LAMA ITU TIDAK SESUAI, APA SALAHNYA DIBAWA BERUNDING? LEBIH-LEBIH LAGI KARIAH MASJID ITU TIDAKLAH SELUAS MANA DAN JEMAAHNYA JUGA TIDAK SAMPAI SERIBU ORANG. DIMANAKAH SIKAP PERMUAFAKATAN DALAM KARIAH BERKENAAN JIKA BEREBUT JAWATAN?

ADA PANDANGAN DI BUAT DALAM MASALAH MASJID JANGAN DIPOLITKAN, TETAPI NAMPAKNYA POLITIK TETAP MEMAINKAN PERANAN. MAKA ITULAH BERLAKUNYA CANTAS MENCANTAS, HINGGALAH KE PEMILIHAN JAWATANKUASA MASJID. TIDAK KAH MEREKA MERASA ' MUKA BERPANDANGAN BUDI KEDAPATAN ' ? KONON HENDAK BERBUAT BAIK UNTUK MENDAPAT GANJARAN DARI ALLAH, TETAPI DENGAN CARA DAN KAEDAH RAMPAS KUASA APAKAH BOLEH DI TERIMA OLEH ALLAH AMALAN KITA?

NAMPAKNYA APABILA SENARAI BARU KELUAR, JAWATANKUASA LAMA DITENDANG BEGITU SAHAJA TIDAK ADA PIHAK YANG MENGAMBIL TAHU ATAU MENGUCAPKAN TERIMA KASIH SETELAH MEREKA BERKHIDMAT BEBERAPA TAHUN KERANA ALLAH.

TOK NGAH.