Labels

Monday, January 25, 2010

ROYALTI ATAU WANG IHSAN....?

KEMELOT ROYALTI DAN WANG IHSAN ANTARA MENTERI BESAR KELANTAN DENGAN KERAJAAN PUSAT, TELAH BERLARUTAN HINGGA RAKYAT MENJADI KELIRU DAN MUAK TERUTAMANYA RAKYAT KELANTAN.

KELMARIN NIK AZIZ, TELAH MENUDUH KERAJAAN PUSAT MERAMPAS, MENCURI , MENYAMUN HARTA KELANTAN. SESIAPA YANG MENGAMBIL HAK ORANG LAIN DIA AKAN BERDOSA DUNIA AKHIRAT. LANTAS NIK AZIZ JUGA MINTA RAKYAT KELANTAN MENDOAKAN SUPAYA PEMIMPIN UMNO MUSNAH.

BEGITUKAH CARANYA ULAMAK PAS MENYELSAIKAN MASALAH, ATAU MENGATASI PERBALAHAN? PEMIMPIN UMNO MENGAJAK UNTUK BERUNDING, DI TOLAK MENTAH-MENTAH. JIKA DEMIKIANLAH CARA ATAU KAEDAH YANG DIAMBIL OLEH NIK AZIZ DAN PEMIMPIN PAS, SUDAH PASTI YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DI GENDONG BERCICIRAN.

IMAN SEORANG ULAMAK YANG BERGELAR MURSYIDUL AM, BEGITU MUDAH TERCABAR DAN SANGGUP MENGAMBIL TINDAKAN YANG AMAT TIDAK SELARI DENGAN IMAN DAN KETAKWAAN YANG DIBENA SELAMA INI. DUGAAN ATAU CABARAN YANG DIHADAPI BUKANLAH BOLEH MENDATANGKAN KECEDERAAN ATAU KEMATIAN. TETAPI MENGAPAKAH SANGGUP MENDOAKAN SUPAYA SESAMA MANUSIA, SESAMA ISLAM MUSNAH DAN BINASA?

PERBEZAAN FAHAMAN MENGENAI ISTILAH IHSAN DAN ROYALTI, TELAH MEMBUATKAN SESEORANG YANG NORMAL BOLEH BERUBAH MENJADI AGRASIF DAN KEJAM TERHADAP SESAMA MANUSIA. TUDUH MENUDUH, KECAM MENGECAM SUDAH MEMAINKAN PERANAN, SEMATA-MATA KERANA MEMPERTAHANKAN KEDUDUKAN DAN JAWATAN DALAM PARTI ( PAS ). ITULAH NIK AZIZ.

YANG MENJADI MANGSA IALAH RAKYAT JELATA TERUTAMA RAKYAT KELANTAN SEDIRI. PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN DAN SEGALA KEMUDAHAN YANG BOLEH DI BENA MELALUI WANG IHSAN AKAN MENJADI SIA-SIA DAN HILANG BEGITU SAHAJA, JIKA DI ISTILAHKAN SEBAGAI ROYALTI. PADA FAHAMAN TOK NGAH, ROYALTI ADALAH HAK MUTLAK YANG JIKA DIBERI AKAN MASUK TERUS KEPOKIT ( KANTONG) KERAJAAN NEGERI. MANAKALA WANG IHSAN ADALAH PERUNTUKAN YANG DIURUSKAN OLEH KERAJAAN PUSAT UNTUK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR NEGERI KELANTAN DAN RAKYAT KELANTAN AMNYA, YANG DIPEROLEHI DARI HASIL PATROL YANG DIDAKWA HAK NEGERI KELANTAN ITU.

MAKSUDNYA, ROYALTI KERAJAAN NEGERI KELANTAN SENDIRI YANG URUS DAN WANG IHSAN KERAJAAN PUSAT YANG URUS. OLEH SEBAB KERAJAAN NEGERI ( NIK AZIZ) TIDAK DAPAT URUS SENDIRI WANG IHSAN ITULAH, MAKA NIK AZIZ MERASA KECEWA DAN TIDAK PUAS HATI.

TOK NGAH, HARAP DAN MINTA KEPADA RAKYAT KELANTAN, TIDAK KIRA DARI PAS ATAU UMNO, JANGAN TERIKUT-IKUT DENGAN RENTAK DAN HELAH MENTERI BESAR NIK AZIZ ITU. ANDAINYA ROYALTI ITU DIBERI PASTI WANG ITU DI GUNAKAN OLEH NIK AZIZ DAN PEMIMPIN PAS SESUKA HATI. PEMBANGUNAN NEGERI ATAU KEMISKINAN RAKYAT KELANTAN TIDAK AKAN BERUBAH. CONTOHNYA, SELAMA PAS MEMERINTAH NEGERI KELANTAN SEBUAH MASJID PUN TIDAK TERBINA. KEMANA WANG HASIL NEGERI DI BELANJAKAN?

LEBUH RAYA, JALAN RAYA, LAPANGAN TERBANG, MASJID DAN LAIN-LAIN ISNFRASTRUKTUR DI NEGERI KELANTAN SEBAHAGIAN BESARNYA DIURUS OLEH KERAJAAN PUSAT. BIAR APA ISTILAH YANG DIBERI, TERIMA SAJALAH, SEBAB KERAJAAN PUSAT NAK BERI. KALAU ORANG PERSEORANGAN YANG BERI MUNGKIN ADA LAIN MAKNANYA.

TOK NGAH.