Labels

Friday, January 1, 2010

KENAPA KITA BERTELAGAH.

SEJAK PERISTIWA MELULUSKAN BAJET 2010 66 LAWAN 63 YANG LALU, PELBAGAI SUARA DAN CADANGAN DIDENGAR. SEMUA MEDIA AMBIL PELUANG MEMAPARKAN PANDANGAN OLEH PIHAK-PIHAK YANG TIDAK PUAS HATI.

SEMUA PANDANGAN DAN CADANGAN MEMPUNYAI ALASAN TERSENDIRI. APA YANG MENJADI PERSOALAN ADA YANG MENYALAHKAN SI ANU DAN SI ANU, YANG PELIK DAN MENYEDIHKAN IALAH ANTARA SESAMA SENDIRI MENYALAHKAN SATU SAMA LAIN. PUN BEGITU ORANG YANG TERLIBAT DAN YANG BERKENAN, TIDAK PULA BERANI MENYATAKAN SEBAB MUSABAB, KENAPA MEREKA TIDAK HADIR DI PARLIMAN?

VETERAN UMNO MEMANDANG BERAT DAN BIMBANG DENGAN KEADAAN YANG BERLAKU. IMEJ UMNO DAN BN TERJEJAS. PEMBANGKAN MENGAMBIL KESEMPATAN MENANGGUK DI AIR KERUH DENGAN MENIMBULKAN PELBAGAI KESAH YANG MENGELIRUKAN RAKYAT. CONTOHNYA YB MOHD NIZAR JAMALUDDIN ( BUKIT ANTANG ) YANG BEGITU BERANI MENUDUH DAN MEMBUAT PROBOKASI SUAPAYA RAKYAT PERCAYA MEREKA DI PIHAK YANG BENAR DAN BERSIH.

MANA WAKIL UMNO DAN BN YANG TAMPIL MENYANGGAH? APAKAH MEREKA LEBIH SELESA DAN MENGANGGAP PERKARA ITU REMEH DAN TIDAK ADA IMPAK? APAKAH WAKIL BN TERUTAMANYA UMNO SEMUA MERASA SELESA DAN TERJAMIN DENGAN KEADAAN YANG ADA SEKARANG? TIDAK PEDULI DAN TIDAK KESAH APA YANG PEMBANGKANG RANCANG DAN LAKUKAN?

DENGAN SIKAP MEMBISU DAN SEPERTI TIDAK ADA TARING UNTUK MENJAWAB, MAHU PUN MENANGKIS TUDUHAN DAN TOMAHAN YANG DIBUAT OLEH PEMBANGKANG. PASTI KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA PEMERINTAH DAN PEMIMPIN BN KHASNYA UMNO TERUS BERKURANGAN. TAMBAH PULA ADA PEMIMPIN KITA BERTELAGAH SESAMA SENDIRI. INI SESUATU YANG TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU.

BUKANKAH KITA MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB DAN TUGAS YANG LEBIH BESAR DAN DI UTAMAKAN, DARIPADA MEMBUKA PEKUNG SENDIRI SUPAYA MEMBERI PELUAG KEPADA PEMBANGKANG MENYINGKAP LEBIH BANYAK LAGI KELEMAHAN KEPEMIMPINAN BN DAN UMNO.

VETERAN UMNO KHASNYA TOK NGAH, INGIN MENASIHATKAN SEMUA PEMIMPIN DAN ANAK BUAH YANG BEGITU GHAIRAH BERPOLITIK SUPAYA INSAF DAN BERMUHASABAH DIRI. BUATLAH YANG TERBAIK DAN FOKUSKAN MATLAMAT KEPADA NIAT YANG SUCI DAN IKHLAS. BUKAN UNTUK MENCARI SALAH ATAU MENGHUKUM SESIAPA. DUNIA DAN AKHIRAT KITA WAJIB LAKSANAKAN DENGAN REDHO. FARDHU AIN DIJUNJUNG FARDHU KIFAYAH DI PIKUL HINGGA AKHIR HAYAT.

SLOGAN 1 MALAYSIA, RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN HARUS DI HAYATI SUNGGUH-SUNGGUH DAN PASTIKAN IANYA SAMPAI KE MATLAMAT. JANGAN KITA MENJADI AYAM, BERTELUR SEBIJI RIUH SEKAMPUNG, BERKOKOK KEHULU KEHILIR EKOR PENUH DENGAN TAHI.

2009 DAH PERGI, 2010 BARU SAMPAI. SEBAIK-BAIKNYA PEMIMPIN DAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERTAMADUN 52 TAHUN KINI, TIDAK LAGI MENAGIH DAN MERUNGUT YANG REMEH TEMEH. TEKAD DAN USAHA YANG MENDATANGKAN FAEDAH HARUSLAH DI USRUSKAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN.

TOK NGAH.