SELEPAS BERTUGAS SEPANJANG TAHUN INGAT DIHATI INGIN BEREHAT SAMBIL MELAWAT ANAK CUCU DAN SAUDARA MARA. MEMANGLAH KITA BOLEH MERANCANG TETAPI YANG MENENTUKANNYA ADALAH ALLAH S.W.T.
BEGITULAH KEHENDAKNYA. PADA 29 DISEMBER 2009 TOK NGAH DAN ISTERI BERTOLAK DARI KG.KUALA PARI UNTUK MELAWAT ANAK DARA TOK NGAH YANG BERTUGAS DI IPD KEPALA BATAS, DIA TINGGAL DI BERTAM PERDANA3 KEPALA BATAS, KAWASAN PAK LAH. LEBIH KURANG JAM 5.00 PETANG TOK NGAH PUN SAMPAI DIRUMAH SEWANYA (DIANA) DAN KAWAN SEKERJANYA AISYA. SETELAH REHAT DAN SEMBAHYANG TOK NGAH,ISTERI DAN DIANA KELAUAR MAKAN MALAM. AISHA BERTUGAS MPV JAM 9.00 MLM.
JAM 10.30MLM BALIK RUMAH REHAT NAK TIDUR.
TETAPI TOK NGAH BERASA SESUATU YANG TIDAK SELESA, DADA TOK GAH SEBELAH KIRI RASA SAKIT DAN NAK BERNAFAS AGAK SUKAR. TOK NGAH BAWA JUGA TITUR HINGGA JAM 2.15PAGI TIDAK BOLEH TIDUR DADA SEMAKIN SAKIT, PERNAFASAN TIDAK LANCAR. YANG LAIN SEMUA DAH BERDENGKUR, TOK NGAH SHAK SESUATU YANG TIDAK KENA PADA KESIHATAN TOK NGAH, TERUS TOK NGAH PAKAI SELUAR UNTUK KELUAR PERGI KE HOSPITAL. KEJUTKAN SITERI DAN DIANA UNTUK BAWA KE HOSPITAL.
HOSPITAL TIDAK JUAH 10 MINIT DAH SAMPAI, DI BALAI KECEMASAN TOK NGAH
DISAMBUT OLEH PETUGAS HOSPITAL, KEBETULAN KETIKA ITU TIDAK ADA PESAKIT YANG LAIN MAKA TOK NGAH BAGI TAHU PEGAWAI YANG BERTUGAS TENTANG MASALAH TOK NGAH, MEREKA TERUS BAWA MASUK TOK NGAH KE BILIK PEMEREKSAAN. SETELAK CHEK DARAH JANTUNG DAN LAIN-LAIN SAH TOK NGAH KENA TAHAM DI WAD. MAKA TOK NGAH DISAHKAN KENA SERANGAN JANTUNG.
MASUKLAH KE WAD 3A HOSPITAL KEPALA BATAS, SBERANG PERAI UTARA. HOSPITAL BARU CANTIK BERSEH DAN PEKERJA NYA SEMUA CEKAP DAN MESRA PESAKIT.
DEMIKIANLAH KETENTUAN ALLAH, NIAT DI HATI NAK MAKAN ANGIN TETAPI KENA MAKAN UBAT, INGAT NAK TIDUR RUMAH ANAK TIDUR DI HOSPITAL. JAM 12.30 TENGAH HARI 1 JANUARI 2010 TOK NGAH DIBENAKAN KELUAR.
ORANG RAMAI MENYAMBUT TAHUN BARU DIPADANG KOTA TOK NGAH MENYAMBUT DI WAD HOSPITAL. HA,HA,HA.
TOK NGAH.