Labels

Sunday, February 21, 2010

ANWAR BUKAN MALAIKAT.

ANWAR IBRAHIM ADALAH SEORANG MANUSIA BIASA, BUKAN MALAIKAT TIDAK MAKSUM. SAMA SEPERTI MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN. MENGAPA SEMUA ORANG JADI TERGAMAM ATAU RISAU DENGAN KES LIWAT YANG TELAHPUN DIBAWA KEMUKA PENGADILAN.

KES LIWAT ANWAR IBRAHIM TELAH DI PERBESAR-BESARKAN OLEH BELIAU SENDIRI MENERUSI CERAMAH DAN ROAD SHOW KE SELURUH NEGARA MAHUPUN KELUAR NEGARA. KEMUDAHAN DAN SOKONGAN YANG DITERIMA OLEH ANWAR SEBAGAI SEORANG AHLI PARLEMAN NAMPAKNYA SUDAH MELEBIHI DARI YANG SEPATUTNYA. APAKAH YB SAHAJA YANG BERHAK MENDAPAT PEMBELAAN TIDAK KEPADA MOHD SAIFUL YANG TIADA (YB) ..? ANTARA MEREKA BERDUA SAMA SAHAJA RAKYAT MALAYSIA YANG LAYAK MENGUNDI. TIDAK MEMPUNYAI KEKEBALAN DARI SEGI UNDANG-UNDANG NEGARA.

SEJAK KES LIWAT ANWAR DILAPORKAN LEBIH SETAHUN YANG LALU, BANYAK SEKALI MASA TERBUANG DISEBABKAN KARENAH YANG DIKEMUKAKAN OLEH ANWAR SENDIRI BAGI MELEWATKAN PERTUDUHAN MELALUI PEGUAM YANG DILANTIK BEGITU RAMAI. SAYA BERSETUJU DAN MENGUCAPKAN SYABAS KEPADA NORAINI ABD RAZAK, YANG MENULIS DALAM MINGGUAN MALAYSIA KELUARAN 21 FEBRUARI 2010, DENGAN TAJUK "DI SEBALIK BANTAHAN AUSTRALIA".

TOK NGAH SENDIRI, MALAH MUNGKIN RAMAI LAGI RAKYAT MALAYSIA TERTANYA-TANYA BAGAIMANA YB ANWAR IBRAHIM, BEGITU ISTIMEWA MENDAPAT LAYANAN SOKONGAN DARI DALAM DAN LUAR NEGARA?. SEBELUM INI KITA JUGA PERNAH MENDENGAR DAN MEMBACA KES-KES YANG MELIBATKAN YB,YB DAN TOKOH-TOKOH POLITIK, AGAMA DAN AHLI KOPRAT DI TUDUH DIMAHKAMAH, TIDAK PULA MENDAPAT LIPUTAN DAN HEBOH SATU DUNIA. INILAH YANG MENIMBULKAN SATU TANDA TANYA YANG BESAR YANG PERLU DIJAWAB OLEH PERLEMBAGAAN NEGARA.

HAK RAKYAT MALAYSIA ADALAH SAMA, TIDAK SEORANG PUN YANG TERKECUALI ANDAINYA MEREKA MELAKUKAN KESALAHAN, MELANGGAR UNDANG-UNDANG DAN MENGKHIANATI PERLEMBAGAAN. TINDAKAN TEGAS DAN SEGERA PERLU DIAMBIL DENGAN TIDAK MEMILIH BULU. NEGARA KITA LEBIH DIKETAWAKAN DUNIA KERANA TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG JIKA SEKIRANYA BERLAKUNYA KESALAHAN OLEH RAKYATNYA.

TOK NGAH.