Labels

Friday, February 26, 2010

JATI DIRI HANCUR, GADAI NEGARA BANGSA.

JATI DIRI SESEORANG HANCUR, DISEBABKAN KEPENTINGAN DIRI SERTA KEDUDUKAN DI DUNIA, TAMAK, DENDAM DAN HASAD. LANTARAN ITU MEREKA SANGGUP MENGGADAI MARUAH NEGARA DAN BANGSA KEPADA ORANG LUAR.

INILAH YANG SEDANG BERLAKU DAN AKAN TERUS BERLAKU DI NEGARA MALAYSIA TERCINTA INI. SETELAH PEJUANG BANGSA, TOK NENEK DAN IBU BAPA KITA BERHEMPAS PULAS MEMBEBASKAN NEGARA DARI DIJAJAH OLEH BANGSA LAIN, KINI ANAK BANGSA SENDIRI SANGGUP BELOT DAN DURHAKA TERHADAP SUMPAH KERAMAT PEJUANG BANGSA. INIKAH JATI DIRI YANG ADA PADA ANAK BANGSA KITA?

DIMANALAKAH LOJEKNYA MASALAH PERIBADI, MASALAH KELUARGA, MAHUPUN MASALAH RUMAH TANGGA SENDIRI, MINTA ORANG LUAR YANG TIDAK KENAL MALAH TIDAK FAHAM ADAT RESAM SERTA BERLAINAN AGAMA PULA, KITA JEMPUT DAN MINTA PANDANGAN MEREKA UNTUK SELESAIKAN. APAKAH NEGARA DAN BANGSA SENDIRI KETANDUSAN BIJAK PANDAI, MISKIN PAKAR ATAU TELAH BENGKARAP AHLI PEMIKIR? HEBAT SANGATKAH ORANG LUAR HINGGA KITA SANGGUP KETEPIKAN BANGSA SENDIRI?

PERBICARAAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM, SENGAJA DI HEBOH-HEBOHKAN OLEH PEMBANGKANG MELALUI SUARA KEADILAN, HARAKAH DAN CERAMAH-CERAMAH YANG DIADAKAN DISELURUH NEGARA. TAK CUKUP DENGAN ITU JEMPUT PULA PAKAR-PAKAR DARI LUAR, BAGI MEMBANTU UNTUK MENJATUHKAN MARUAH NEGARA BANGSA SENDIRI. KELICIKAN PEMBANGKANG MENGATUR STRATEGI MEMUSNAHKAN IMEJ NEGARA BANGSA, MENUNJUKAN BETAPA RAPUHNYA JATI DIRI MEREKA.

INSAF DAN SEGERA MUHASABAH DIRI, WAHAI ANAK BANGSAKU. USAHLAH KERA DIHUTAN DISUSUI ANAK DIPANGKUAN MATI KELAPARAN. TUNGAU DISEBERANG LAUT NAMPAK, GAJAH DIDEPAN MATA TIDAK KELIHATAN. HANG TUAH KE MAJA PAHIT MENGALAHKAN TAMING SARI KERANA BANGSA DAN NEGARANYA. PANTANG ANAK MELAYU MELANGGAR ADAT. ADAT DISANJUNG, NEGERA BANGSA DIPERTAHANKAN. BUSUK-BUSUK DAGING, DI BASUH DIMASAK DIMAKAN JUGA.

TIDAK ADA KONSPIRASI DALAM MENANGANI JENAYAH. TIDAK TERKECUALI WAIMA SIAPA SAHAJA YANG MELAKUKAN KESALAHAN, PASTI AKAN DIAMBIL TINDAKAN, RISIKONYA TANGGUNG SENDIRI. BERANI BUAT BERANI TANGGUNG. JANGAN PULA MARAHKAN NYAMOK KELAMBU DI BAKAR. SESAT DIHUJUNG JALAN BALIK KEPANGKAL JALAN.