HARI INI KITA MERASA LEGA DAN LAPANG DADA APABILA DUA PENGUMUMAN YANG DIBUAT OLEH DUA ORANG PEMIMPIN NEGARA. PERTAMA YAB PM MENGUMUMKAN JUMLAH KEAHLIAN UMNO MENINGKAT 3.2 JUTA ORANG. KEDUA YAB MENTERI BESAR PERAK MEMPERUNTUKAN 2,000 HEKTAR TANAH UNTUK TABUNG SAR.
DUA PERKARA YANG DI UMUMKAN ITU MERUPAKAN NADA YANG SATU IAITU UNTUK MEMPERKUKUHKAN PENYATUAN BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM. SYABAS SERTA TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA PEMIMPIN YANG SAYANGKAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARANYA - MALAYSIA. JUSTERU ITU ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB RAKYAT SERTA MASYARAKAT SUPAYA KEDUA-DUA PERKARA ITU DIRIALISASIKAN SEBAGAIMANA YANG DI RANCANG.
3.2 JUTA AHLI UMNO ITU BIARLAH JENUIN SEBAGAI PENYOKONG YANG KUKUH DAN PENGUNDI YANG SETIA. UMNO SEBUAH PARTI YANG WUJUDNYA ADALAH DISEBABKAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. KETIGA-TIGA SEBAB INI LAH BANGSA MELAYU BANGKIT DAN MENENTANG PENJAJAH DENGAN CARA YANG BIJAKSANA DAN TIDAK MENUMPAHKAN DARAH HINGGA MENCAPAI KEMERDEKAAN PADA 31 OGOS 1957.
BANGSA MELAYU YANG BERUSIA 18 TAHUN DAN KEATAS, WAJIB TAHU DAN FAHAM AKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI RAKYAT YANG HIDUP DALAM SEBUAH NEGARA YANG ASALNYA BERBANGSA MELAYU/ISLAM . KINI DI KONGSI BERSAMA DENGAN KAUM-KAUM LAIN YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM. KEAMANAN SERTA KESEJAHTERAAN HIDUP DI NEGARA INI SEJAK 53 TAHUN LALU, ADALAH KEBIJAKSANAAN PEMERINTAH YANG DI SEBUT BARISAN NASIONAL BERTULANG BELAKANGKAN UMNO.
KUKUH UMNO KUATLAH BANGSA MELAYU, BANGSA MELAYU KUAT MAKA TESERLAHLAH ISLAM DI NEGARA INI BUAT SELAMA-LAMANYA.
SAR ATAU SRAR ( SEK. RENDAH AGAMA RAKYAT ) YANG WUJUD DI NEGARA KITA SEJAK DARI ZAMAN PENJAJAH INGGERIS LAGI. TOK NGAH MENGAJI AGAMA BERMULA DARI SEKOLAH AGAMA KHAS, DI SEKITAR TAHUN 50AN. KEMUDIA SEKOLAH TERSEBUT DIUBAH NAMA APAKALA KITA MENCAPAI KEMERDEKAAN YANG DI PANGGIL SEK AGAMA RAKYAT (KAFA) KELAS AGAMA & FARDU AIN . SEKOLAH INI TUMBUH DI MERATA TEMPAT, ADA YANG DIKELOLAI OLEH ORANG PERSAORANGAN DAN KEBANYAKANNYA DI BIAYAI OLEH KERAJAAN NEGERI, MENERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM.
SUDAH SAMPAI MASANYA SRAR / SAR INI DIBELA DAN DI URUSKAN DENGAN SISTEMATIK, SERTA MEMPUNYAI KEMAMPUAN KEWANGAN YANG KUKUH. SELAMA INI BANTUAN PERKAPITA SUDAH PASTI TIDAK MENCUKUPI. DENGAN PENGUMUMAN YANG DI BUAT OLEH YAB MENTERI BESAR PERAK, ITU ADALAH MERUPAKAN RAHMAT YANG DI REDAI OLEH ALLAH DEMI KEMULIAAN AGAMA ISLAM ITU SENDIRI.
SELEPAS INI SEHARUSNYA SINAR CAHAYA AGAMA ISLAM ITU LEBIH MENYERLAH MENERUSI KELAS-KELAS KAFA YANG DIAJAR DI SAR / SRAR. JAWATANKUASA PENGURUS SERTA TENAGA PENGAJAR SAR DI SELURUH NEGERI PERAK KHASNYA, TIDAK LAGI MENAGIH DANA KESANA KEMARI.
INSYAALLAH.
TOK NGAH.