Labels

Sunday, July 25, 2010

UMNO & PAS ASALNYA SATU.

TIDAK SIAPA DAPAT MENAFIKAN BAHAWA DUA PARTI TERBESAR UMNO DAN PAS ASALNYA SATU DAN BERSATU. TETAPI OLEH KERANA PERSELISIHAN PENDAPAT ANTARA PEMIMPIN, MEREKA BERPECAH.
PAS LAHIR SEBAGAI PARTI SETELAH PEMIMPINNYA KELUAR DARI UMNO DENGAN DASAR YANG TIDAK JAUH BEZANYA. MUNGKIN DALAM PERLEMBAGAAN AYATNYA BERLAINAN BUNYI, TETAPI HASRAT DAN MATLAMATNYA ADALAH SAMA. TERTUBUHNYA SESEBUAH PARTI ITU DISEBABKAN HENDAK BERPOLITIK DISAMPING INGIN MEMAJUKAN NEGARA, BANGSA DAN AGAMA.
TIDAK ADA PARTI POLITIK DALAM DUNIA INI YANG DASARNYA KERANA HENDAK BERPERANG. PERTELAGAHAN TIMBUL, DISEBABKAN RASA TIDAK PUAS HATI ANTARA INDIVIDU DENGAN INDIVIDU ATAU ANTARA KELOMPOK DENGAN KELOMPOK MANUSIA YANG LAIN. WALAU BAGAIMANA PUN, PERTELAGAHAN BOLEH DISELESAIKAN DENGAN PELBAGAI CARA DAN KAEDAH. ADA NEGARA YANG BERPERANG DAN MELIBATKAN RIBUAN NYAWA TERKORBAN, AKHIRNYA MEREKA BERDAMAI DAN BERSATU SEMULA.
APAKAH MASALAH ATAU HALANGAN YANG BESAR HINGGA TIDAK ADA JALAN PERTEMUAN UNTUK MENCAPAI KATA SEPAKAT BAGI MENCANTUMKAN SEMULA MANUSIA YANG SEBANGSA YANG DI PANGGIL 'MELAYU' DAN SEAGAMA YANG DIREDAI OLEH ALLAH IAITU 'ISLAM'...?
ISLAM YANG SYUMUR TIDAK SEHARUSNYA DI AIBKAN DENGAN PERBALAHAN NAFSU NABSI BEBERAPA KERAT PEMIMPIN YANG SUDAH HILANG SABAR ATAU GOYAH IMANNYA. AMAT MALANG SEKALI BANGSA MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM INI, MENJADI MANGSA PEREBUTAN KUASA DAN KEBENDAAN DI DUNIA YANG SEMNTARA INI.
PARA PEMIMPIN KEDUA BELAH PIHAK SEHARUSNYA INSAF DAN BERSYUKUR, DENGAN LAHIRNYA BEBERAPA TOKOH AGAMA DAN ULAMAK, YANG RELA DAN IKHLAS HATI UNTUK MENDAMAIKAN MEREKA YANG BERTELAGAH. ANDAINYA KITA TELAH BERADA DIPIHAK YANG SEHARUSNYA BERALAH, ELOKLAH KITA BERALAH. SEKIRANYA KITA BERADA DI PIHAK YANG PATUT MENERIMA, ELOKLAH KITA MENERIMA DENGAN HATI YANG IKHLAS.
NASIHAT DAN PANDANGAN PARA ULAMAK, SEHARUSNYA MENJADI INSPIRASI DAN INOVATIF KEPADA KITA SEMUA. RASANYA SUDAH LAMA UMAT ISLAM DI DUNIA INI BERTELAGAH SESAMA SENDIRI TERMASUKLAH DI NEGARA KITA MALAYSIA. KEMANAKAH KITA HENDAK TEMPATKAN MARUAH BANGSA DAN AGAMA ISLAM JIKA TIDAK DI HADAPAN MUKA KITA SENDIRI. OLEH ITU IKUT DAN PATUHILAH NASIHAT PARA ULAMAK TERSEBUT.
TOK NGAH.