Labels

Wednesday, July 7, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR.

BARU-BARU INI TOK NGAH BERPELUANG MENGIKUTI ROMBONGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR, KE TERENGGANU & KELANTAN ANJURAN KOPERASI BEKAS POLIS PERAK.
PERJALANAN KAMI BERMULA JAM 2.30 PETANG DARI IPOH KE KUALA TERENGGANU MELALUI GERIK. SAMPAI DI K.TERENGGANU JAM 6.00 PAGI, SEMBAHYANG SUBUH DI MASJID TERAPUNG. KEMUDIAN KAMI MEMBUAT KUNJUNG HORMAT KEPADA PENGARAH SKM TERENGGANU.
SELEPAS ITU KAMI DI BAWA MELAWAT KE TAMAN TAMADUN ISLAM. SUNGGUH HEBAT DAN MENAKJUBKAN PEMANDANGAN YANG DISEDIAKAN. PELBAGAI BENTUK MASJID YANG TERINDAH DI SELURH DUNIA DITEMPATKAN DALAM SEBUAH TAMAN. ANTARANYA IALAH MASJIDIL HARAM, MASJID NABAWI, MASJID AL AQSA DAN MASJID KRISTAL MERCU TANDA NEGERI TERENGGANU.
SEPELAH PETANG KAMI DI BAWA MELAWAT SAMBIL BELAJAR KE WANISMA KRAF ( MEMBUAT BATIK DAN TEMBAGA). KEMUDIAN DIBAWA PULA KE KAMPUNG LOSONG, UNTUK MEMBELI KEROPOK. KEMUDIAN PERGI KE PASAR PAYANG. LEBIH KURANG JAM 6.00 PETANG KAMI BERLEPAS KE KOTA BHARU, KELANTAN. SAMPAI DI KELANTAN JAM 12.30 MALAM SINGGAH DI WAKAF CHE YEH. MENJAMU SELERA, DAN MEMBELI BELAH.
KAMI MENGINAP DI HOTEL MGU FIRDAUS, IAITU SEBUAH HOTEL YANG DI USAHAKAN OLEH KOPERASI MAJLIS GURU UGAMA. PAGI ESOKNYA JAM 9.00 PAGI KAMI MEMBUAT KUNJUNG HORMAT KEPADA PENGARAH SKM NEGERI KELANTAN. SETELAH MENDAPAT TAKLIMAT, JAM 11.30 PAGI KAMI MELAWAT KE KOPERASI GURU-GURU NEGERI KELANTAN.
KOPERASI YANG TERTUA DI KELANTAN, MEMPUNYAI KEANGGOTAAN SERAMAI 11,300 ORANG, JUMLAH SAHAM 40 JUTA MANAKALA HARTA TERKUMPUL BERNILAI 70 JUTA. KOPERASI YANG MULA DI TUBUHKAN PADA TAHUN 1940 ITU MASIH RELEVAN DENGAN OPERASI UTAMANYA KRIDIT. DAN KINI MELUASKAN OPERASINYA SEBAGAI PEMAJU PERUMAHAN DAN HARTANAH.
KEMUDIAN KAMI MELAWAT KOPERASI COCITY. IAITU KOPERASI PENIANGA-PENIAGA PASAR SITI KHADIJAH. KEMUDIAN SEMUA PESERTA ROMBONGAN DI BERI JAMUAN MAKAN NASI DAGANG IKAN TONGKOL. SELEPAS ITU MEREKA MEMBELI BELAH DI PASAR SITI KHADIJAH DENGAN MENDAPAT POTONGAN 10% DI SEMUA KEDAI DI PASAR TERSEBUT.
KEMUDIAN JAM 3.00 PETANG KAMI DI JAMU DENGAN NASI BERULAM BERSAMA DENGAN PENGERUSI KOPERASI BEKAS POLIS NEGERI KELANTAN SERTA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL. KEMUDIAN KAMI BERLEPAS PULANG DARI KOTA BHARU MELALUI RANTAU PANJANG DAN TERUS KE GERIK DAN IPOH.
LAWATAN YANG MEMENATKAN, TETAPI BANYAK MEMBERI PENGAJARAN DAN MEMBUKA MINDA UNTUK BERGIAT DALAM BIDANG PERUSAHAAN DAN PERNIAGAAN. SAMA ADA SECARA INDIVIDU MAHU PUN ANTARA KOPERASI DENGAN KOPERASI. PELUANG TERBUKA LUAS DAN MEYAKINKAN.
TOK NGAH.