Labels

Thursday, July 8, 2010

SEKARANG MASANYA UNTUK BANGKIT

BAHANA PILIHANRAYA KE 12 ( 2008 ), MASIH LAGI MENGHANTUI PEMIKIRAN PEMIMPIN DAN RAKYAT BIASA. TIDAK LAMA LAGI PRU YANG KE 13, AKAN MENJELMA.
DISANA SINI ORANG RAMAI BERCAKAP MENGENAI PRU YANG KE 13, BILA DAN APA AKAN JADI...? DI SAMPING ITU MASIH ADA SEGELINTIR RAKYAT UMUM YANG TIDAK KESAH MALAH TIDAK PRIHATIN LANGSUNG TENTANG PILIHAN RAYA. MENGUNDI TAK MENGUNDI TIDAK PEDULI. YANG PALING MERISAUKAN MEREKA YANG SUKA MENAGGUK DI AIR YANG KERUH.
PEMIMPIN POLITIK DI PIHAK PEMBAGKANG NAMPAKNYA BEGITU RANCAK MEMASANG STRATEGI BAGAIMANA HENDAK MENJATUHKAN KERAJAAN DAN BERCITA-CITA MENCAPAI KEMENANGAN MAJORITI. BUKAN SAHAJA MEREKA TURUN PADANG, MALAH MEREKA CUBA MEMBUAT PROBOKASI DAN MEMFITNAH PEMIMPIN KERAJAAN YANG SEDIA ADA. LEBIH-LEBIH LAGI PEMIMPIN YANG LEKA DAN TERLUKA.
DALAM PEMERHATIAN VETERAN UMNO KEADAAN SEKARANG BUKAN LAGI MASA KITA MEMBISU DAN MEMBIARKAN PIHAK LAWAN MERACUNI PEMIKIRAN RAKYAT YANG MASIH SETIA MENJADI PENGUNDI. SETIAP PERINGKAT PEMIMPIN WAJIB TURUN PADANG DAN BERTEMU DENGAN SETIAP PENGUNDI CARI MASALAH DAN SELESAIKAN MASALAH. MANA YANG TERGURIS MAHU PUN TERTINGGAL, TIDAK HARUS DI JADIKAN BATU PENGHALANG.
MASA YANG ADA AMAT SUNTUK, KITA HARUS BANGKIT DAN BERGERAK SEKARANG. GEGARKAN JENTERA YANG ADA, PERGILAH MENCARI SASARAN YANG DIPERLUKAN. KALAU DILAUT KITA BERKAPAL, KALAU DISUNGAI KITA BERPERAHU. KALAU DI GUNUNG KITA SAMA-MENDAKI DAN KELURAH SAMA KITA MENURUN. DI SAWAH KITA SAMA-SAMA MENAJAK MEMBAJA, KALAU DI LADANG JOM KITA MEMANJAT DAN MENGAIT HASIL.
KALAU PERLU RAYU, RAYULAH. JIKA PERLU RAWAT, RAWATLAH MEREKA YANG SAKIT. PRU KE 13, ADALAH PENENTU HIDUP ATAU MATINYA BANGSA MELAYU, AGAMA ISLAM. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA UNTUK MEPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA DAN RAJA KITA.
TOK NGAH.