- SEMENJAK DUA MENJAK INI NEGARA KITA DIGEMPARKAN DENGAN PELBAGAI ISU YANG MENYAYAT HATI, KEJAM. PALING PANAS ISU YANG MEMBANGKITKAN SEMANGAT SERTA MEMANASKAN TELINGA.
MULA-MULA KESAH SAMAN EKOR, KEDUA BUANG BAYI, KETIGA MCA SEPENDAPAT DENGAN DAP, KEEMPAT PERLEMBAGAAN BARU BAGI MENGGANTIKAN PERLEMBAGAAN YANG SEDIA ADA. YANG TERBARU GUAN ENG GANTI AGONG. SOALNYA KENAPA PERKARA TERSEBUT BERLAKU.? APAKAH KESAH DEMIKIAN HARUS DIDEDAHKAN DALAM BULAN RAMADAN AL MUBARAK INI..? MUNGKIN INI KAH UJIAN DARI ALLAH KEPADA HAMBANYA. WALLAHUAKLAM.
PARA PEMIMPIN TERTINGGI NEGARA KITA TELAH BERKALI-KALI MENGINGATKAN SESIAPA SAHAJA, SUPAYA TIDAK MEMBUAT KENYATAAN ATAU MEMBANGKITKAN ISU YANG SENSITIF DAN TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN. TETAPI MASIH LAGI ADA PEMIMPIN DAN MEREKA YANG TIDAK PEKA DENGAN SENSITIVITI RAKYAT, SENGAJA MEMBUAT KENYATAAN MALAH MEMBANGKITKAN PERKARA YANG MENYENTUH PERKAUMAN.
PERKARA YANG TIDAK HARUS DIKETEPIKAN IALAH MENGENAI KENYATAAN PRESIDEN MAC YANG MENGAKU TIDAK SALAH BAGINYA JIKA SENADA DENGAN DAP. BAGI MEMPERJUANGKAN HAK KAUM CINA DI SAMPING HENDAK MENGURANGKAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTRA. ISU INI PERLU DI AMBIL PERHATIAN SERIUS DAN BERHATI-HATI. KERANA IA MERUPAKAN SENGAJA MENJOLOK SARANG TEBUAN.
SEBENARNYA ORANG MELAYU TELAH BANYAK BERKORBAN DAN MENGHULURKAN TANGAN HINGGA KINI ORANG MELAYU MASIH KETINGGALAN DALAM BANYAK BIDANG. PARA PENGANALISIS, PEMIKIR DAN SEJARAHWAN TANAH AIR SEDIA MAKLUM, KENAPA DAN MENGAPA KEADAAN DEMIKIAN TERJADI. ANDAINYA TANGAN YANG MENGHULURKAN PERSAHABATAN KEKAL SELAMA INI HENDAK DIPOTONG, TINDAKBALAS YANG EMPUNYA TANGAN AKAN MENJADI LEBIH BURUK.
ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB BERSAMA, KEHARMONIAN SEDIA ADA DI PUPUK DAN DIBELAI DENGAN PENUH KASIH SAYANG. TIDAK CEMBURU, TIDAK IRI HATI JAUH SEKALI UNTUK MEMBALAS DENDAM. GARA-GARA INGIN BERKUASA PENUH, KITA SUDAH LUPA PADA MANIFESTO SERTA JANJI DALAM PERLEMBAGAAN.
ORANG MELAYU SEBENARNYA TIDAK PERNAH CEMBURU ATAU IRI HATI TERHADAP KAUM LAIN. APA YANG MEREKA PEROLEHI DARI DEB ADALAH LEBIH BESAR DAN LUMAYAN. SEMUA GEDONG DAN KEDAI PERNIAGAAN KAUM CINA DI PENUHI OLEH ORANG MELAYU, BERBELANJA DENGAN MURAH HATI. DAN ORANG MELAYU TIDAK BERANI BERSAING DENGAN ORANG CINA BERNIAGA, WALAUPUN PRIMIS PERNIAGAAN DIBERI PERCUMA.
TOK NGAH.