DUA PERKATAAN YANG TIDAK JAUH BEZA ERTINYA IAITU DERHAKA "TIDAK TAAT' DAN MENDERHAKA 'MENENTANG'. SAMA ADA KEPADA TUHAN, PEMERINTAH MAHUPUN RAJA ATAU IBU BAPA.
KEPADA MEREKA YANG TIDAK TAAT KEPADA PERINTAH ALLAH ADA BALASANNYA DI AKHIRAT NANTI. YANG MENDERHAKA KEPADA PEMERINTAH ATAU RAJA ADA HUKUMAN YANG DISEDIAKAN JIKA SABIT KESALAHAN. DEMIKIANLAH JUGA DERHAKA ATAU MENDERHAKA TERHADAP KEDUA IBU BAPA. BUKAN SAHAJA ORANG ISLAM YANG MENGETAHUI HUKUM INI MALAH ORANG BUKAN ISLAM JUGA MENGETAHUI SERTA MENGAMALKANYA.
KESALAHAN YANG BAGAIMANA KITA HENDAK LETAKAN SEBAGAI DERHAKA DAN PERLAKUAN YANG BAGAIMANA HENDAK DI KATEGORIKAN SEBAGAI PENDERHAKA.? DALAM SEJARAH MELAYU JEBAT DIKATAKAN 'DERHAKA' KEPADA SULTAN DAN DIA JUGA DI KATEGORIKAN SEBAGAI 'PENDERHAKA'.
DIZAMAN INI TERDAPAT BEBERAPA INDIVIDU YANG BERANI TETAPI BIADAP TERHADAP PEMERINTAH, NEGARA, SULTAN DAN PERLEMBAGAAN. MEREKA BUKAN SAHAJA MENYINGGUNG, MENGEJI, MEMPERTIKAI HAL-HAL YANG SENSITIF MALAH BERKELAKUAN BIADAP. TIMDAKAN YANG MEREKA PAMERKAN BUKAN SAHAJA DALAM NEGARA MALAH HINGGA KELUAR NEGARA.
APAKAH SIKAP SEDEMIKIAN BOLEH DI KATEGORIKAN SEBAGAI MAJU DAN DEMOKRATIK? LANTAS MEREKA TIDAK BOLEH DI TEGOR, DIKRITIK, ATAU DIAMBIL TINDAKAN? LEBIH-LEBIH LAGI MEREKA ITU SEBAHAGIAN DARI ORANG-ORANG KENAMAAN, WAKIL RAKYAT DAN SEBAGAINYA.
ORANG MELAYU SUDAH MENJADI ADAT DAN DARAH DAGING, BAHAWA BERKELAKUAN BIADAP ATAU TIDAK SOPAN, MENJADI PANTANG TOK NENEK. BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT. ATAU BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTEH MATA DAN BIAR BUTA MATA JANGAN BUTA HATI. PEPETAH TERSEBUT SEMUANYA MENJURUS KEPADA ADAT DAN SOPAN SANTUN ORANG MELAYU, SEBAGAI INSAN YANG TAAT DAN TIDAK MENDERHAKA.
TOK NGAH.