DUA ISU YANG HANGAT DIPERKATAKAN OLEH ORANG RAMAI IALAH MELIBATKAN ORANG ISLAM (MELAYU) TERUTAMANYA. YANG PERTAMA 'SEKOLAH REMAJA HAMIL' KEDUANYA 'PENDIDIKAN SEX'.
ORANG RAMAI MEMBERIKAN KOMEN YANG PELBAGAI, ADA PRO ADA KONTRA. APA YANG MENJADI PERSOALAN, KEDUA-DUA ISU ITU MAJORITINYA MELIBATKAN MEREKA YANG BERAGAMA ISLAM ATAU ORANG MELAYU. SEOLAH-OLAH UMAT ISLAM DI NEGARA KITA SUDAH HILANG PEDOMAN DAN BEGITU LEMAH IMANNYA.
SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG MENGISTIHARKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DAN TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN. SEHARUSNYA GEJALA BERKENAAN TIDAK HARUS TERJADI DAN DIHEBOHKAN DENGAN BEGITU LUAS. DIMANAKAH PERANAN ISTITUSI AGAMA ISLAM? SELAIN DARI JABATAN AGAMA, APA PULA PERANAN IBU BAPA SERTA ORANG RAMAI.
JAWATANKUASA SERTA PEGAWAI MASJID ATAU SURAU, SEHARUSNYA MEMAINKAN PERANAN DALAM MEMBENDUNG MASALAH MAKSIAT YANG MELANDA UMAT ISLAM MAHUPUN ORANG MELAYU. DALAM SEBUAH QARIAH YANG PENDUDUKNYA BOLEH DI BILANG DENGAN JARI, MUSTAHIL TIDAK BOLEH MENGADAKAN PROGRAM KHUSUS UNTUK REMAJA YANG TERBIAR ATAU KURANG PENGALAMAN DALAM BIDANG SOSIAL.
IBU BAPA YANG MEMPUNYA ANAK YANG BERMASALAH, TIDAK HARUS SEGAN ATAU MALU UNTUK MERUJUKAN PERKARA BERKENAAN KEPADA PEGAWAI MASJID ATAU JAWATANKUASANYA. PARA USTAZ DAN USTAZAH SEHARUSNYA BEKERJASAMA SECARA SUKARELA MEMBERIKAN KHIDMAT KAUNSELING, KEPADA YANG MEMERLUKAN.
BADAN-BADAN NGO BELIA YANG BERSEPAH DI NEGARA INI, SEHARUSNYA MEMAINKAN PERANAN PENTING BAGI MENGATASI GEJALA INI DARI BERLAKU. PELBAGAI PROGRAM BOLEH DIATUR. SEPERTI BENGKEL, SAMINAR ATAUPUN KONVENSYEN DI ADAKAN.
TOK NGAH.