Labels

Wednesday, August 4, 2010

USTAZ NIZAR BUAT HAL LAGI.

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KECOH LAGI APABILA USTAZ NIZAR BUAT HAL. BUKAN ITU SAJA KENA GANTUNG SEHARI KEMUDIAN PAKAT KELUAR DEWAN RAMAI-RAMAI.
ITULAH KERJA PEMBANGKANG. DALAM DEWAN BUAT KECOH DI LUAR DEWAN BUAT CERAMAH MEMBURUK-BURUKKAN BN DAN PENTADBIRAN NEGERI. CUKUP BULAN DEME TERIMA ELAUN SAMA JUGA. KONON MEREKA HENDAK MEMBELA NASIB RAKYAT LANTAS MENEGAKAN KEADILAN. DENGAN TINGKAH LAKU DAN BERPERANGAI SEPERTI ORANG HILANG AKAL, BOLEH KE JADI PEMIMPIN DAN PEMBELA RAKYAT..?
KALI INI BILANGAN ADUN PR TELAH TINGGAL 27 ORANG, BN 28 DAN BEBAS 4. JELAS MENUNJUKAN PEMBANGKANG (PR) SUDAH TIDAK ADA JALAN MUDAH UNTUK BERHUJAH DALAM DEWAN. BAGI MEMUDAHKAN KERJA, BUAT KECOH DAN KELUAR DEWAN.
RAKYAT NEGERI PERAK KHASNYA, SUDAH MUAK DENGAN TEKTIK PEMBANGKANG. KEMEROSOTAN SOKONGAN TERHADAP PEMBANGKANG SEMAKIN MENINGKAT DENGAN KELUARNYA ADUN MALIM NAWAR BARU-BARU INI. UNTUK MENARIK PERHATIAN LANTAS MENGELIRUKAN PEMIKIRAN RAKYAT, MEREKA BERLAGAK SEPERTI PAHLAWAN YANG MENENTANG MUSUH DEMI MEMBELA PENYOKONG MEREKA. PADA HAL ITULAH LAKONAN PALSU YANG DITONTONKAN KEPADA RAKYAT PERAK.
NAMPAK ADUN PR SUDAH HILANG ETIKA. DI MANA SAHAJA MEREKA BERKEMPIN ATAU BERCERAMAH, PASTI MEMPAMIRKAN TINGKAH LAKU YANG TIDAK BERETIKA. INILAH YANG MEMALUKAN RAKYAT NEGERI PERAK. LEBIH MALANG LAGI DALANGNYA IALAH ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM.
SEHARUSNYA KETIKA INI BUKAN LAGI MASA UNTUK MENUNJUKKAN LAGAK ATAU KESUSILAAN YANG RENDAH NILAINYA. INSAF DAN BALIK LAH KE PANGKAL JALAN JIKA SESAT DI HUJUNG JALAN. SEPERTI KATA PEPATAH MELAYU "TIDAK AKAN HILANG BISANYA JIKA ULAR MENYUP DI BAWAH AKAR".
TUNJUK DAN PAMERKANLAH CONTOH TAULADAN YANG BAIK-BAIK KERANA KITA ADALAH PEMIMPIN DAN (YB) ADUN.
TOK NGAH.