- SETELAH PM MELANCARKAN GAGASAN 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN, PELBAGAI PIHAK MENYUARAKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN YANG BERBEZA.
DISEBABKAN MALAYSIA MEMPUNYAI RAKYAT BERBILANG KAUM, MEMPUNYAI KERAKYATAN SERTA UNDI YANG SAMA, MAKA TIMBUL PERSOALAN YANG SUKAR DITERIMA BAHAWA ORANG MELAYU MAMPU BERTAHAN. HINGGA ADA YANG MEMBAYANGKAN AKHIRNYA MEREMPAT DI BUMI SENDIRI.
LEBIH MERUNSINGKAN MALAH MELONJAKAN KEMARAHAN ADA YANG MEMPERTIKAIKAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU. ISTIMEWANYA ORANG MELAYU, PEMIMPIN MELAYU, PEJUANG MELAYU DAN PEMUDA MELAYU TIDAK MELATAH DAN BINGKAS SEKALIPUN DI CABAR OLEH PIHAK-PIHAK YANG BERKEPENTINGAN.
WALAU BAGAIMANA PUN BAHANG YANG PANAS DAN MENDIDIH ITU TIDAK HARUS DI BIARKAN BEGITU SAHAJA, ANDAINYA TIDAK DI TANGANI SEWAJARNYA IA AKAN MELEDAK TANPA AMARAN. ORANG MELAYU KINI MERASA TERTEKAN DAN DIKETEPIKAN HAK BERSUARA MEREKA. SEDANGKAN PANDANGAN DAN KEPENTINGAN KAUM LAIN DI BERI PERHATIAN.
BUKAN ITU SAHAJA, KAUM LAIN ADA YANG BERANI, DAN MENONJOL MEMPAMIRKAN GEJALA BURUK YANG MENGAIBKANKAN BANGSA MELAYU. OLEH KERANA ITU, ADALAH MENJADI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KERAJAAN DAN PEMIMIPIN MENANGANI KEADAAN ITU DENGAN KADAR SEGERA DAN BERHEMAH.
BEBERAPA INSIDEN YANG BERLAKU SEPERTI YANG DISUARAKAN OLEH NAMEWEE DAN PRESIDEN MCA. SEMUA ITU MENGGURIS HATI ORANG MELAYU. SELURUH DUNIA TELAH DI DEDAHKAN OLEH MEREKA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MENGENAI MALAYSIA.
YANG PALING MENYAYAT HATI ADA SEGELINTIR ORANG MELAYU YANG MENJADI DALANG DEMI KEPENTINGAN PERIBADI. YANG TERBARU TUNJUK PERASAAN DAN MEMBAKAR JALOR GEMILANG MALAYSIA, OLEH BENTENG DEMOKRASI RAKYAT INDONESIA (BENDERA) DENGAN HANYA MENERIMA UPAH RM10 SAHAJA.
BEBERAPA PEMIMPIN MELAYU MENYUARAKAN SUPAYA KERAJAAN MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS DAN SEGERA KE ATAS SEMUA INSIDEN YANG BERLAKU. JANGAN KIRA BANGSA ATAU KAUM, JIKA 1 MALAYSIA PASTI 1 TINDAKAN.
TOK NGAH.