Labels

Thursday, September 2, 2010

BUANG SAMPAH SECARA HARAM.

  • 1 SEPT. 2010, DYTM RAJA MUDA PERAK, RAJA DR NAZRIN SHAH TELAH MENCEMAR DULI, MEMBUAT LAWATAN MENGEJUT DI TEMPAT MEMBUANG SAMPAH HARAM, DI SEKITAR BANDARAYA IPOH. BAGINDA AMAT KESAL MELIHAT KEADAAN ITU, LANTAS MENGARAHKAN DATUK BANDAR MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA.

LANTARAN PERISTIWA YANG MEMALUKAN ITU, KITA HARAP BUKAN SAHAJA DBI, MALAH LAIN-LAIN JABATAN KERAJAAN NEGERI PERAK SEHARUSNYA MENGAMBIL IKTIBAR DAN LANGKAH-LANGKAH PROAKTIF DALAM SEGALA TANGGUNGJAWAB, TUGAS DAN TINDAKAN. JANGAN SAMPAI IBARAT MELEPASKAN BATUK DI TANGGA SAHAJA. ATAU SEPERTI PAHAT DENGAN PENUKUL.

RUNGUTAN RAKYAT SELAMA INI KURANG DI BERI PERHATIAN, PERMOHONAN TIDAK DI SEGERA LULUSKAN, ATAU DI TOLAK MENTAH-MENTAH DI SEBABKAN TIDAK ADA KABEL. SIKAP DEMIKIAN HARUSLAH DI KIKIS HABIS SEMPENA KEMPEN l MALAYSIA, RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

ITU BARU SATU PERKARA YANG DI DEDAHKAN KEPADA UMUM. MASIH BANYAK LAGI PERKARA YANG PERLU DIAMBIL TINDAKAN OLEH JABATAN-JABATAN KERAJAAN NEGERI, AGAR TIDAK MENIMBULKAN PERSOALAN DAN KEMUSYKILAN RAKYAT DI KEMUDIAN HARI. PERMOHONAN TANAH PERTANIAN, LADANG ATAU TAPAK PERUMAHAN MISALNYA, ADA YANG MENGAMBIL MASA BERTAHUN-TAHUN UNTUK DILULUSKAN.

KEADAN DEMIKIAN MEMBUAT RAKYAT MENJADI BOSAN DAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG TERSENDIRI. AKIBATNYA MEMBERI PELUANG KEPADA PIHAK-PIHAK YANG BERKEPENTINGAN MENGAMBIL KESEMPATAN.

BERBALIK KEPADA PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI ATAS, KITA SEMUA KETAHUI BAHAWA NEGERI PERAK TERKENAL DENGAN BEKAS LOMBONG. DALAM BANDARAYA IPOH SAHAJA MASIH BANYAK BEKAS LOMBONG YANG TERBIAR DAN PENUH DENGAN REDANG DAN RUMPUT RUMPAI YANG MENJIJIKAN. ANDAINYA SEGALA BATU BATAN RUMNTUHAN RUMAH DAN SAMPAH SARAP DI BUANG KE DALAM LOMBONG BERKENAAN, PASTI SATU HARI IA AKAN MENJADI PADANG YANG LAPANG DAN BOLEH DIMANFAATKAN.

SEBAGAI CONTOH, DI KG. MANJOI, KG. SERI KINTA, LAHAT DAN PINJI MASIH ADA LOMBONG TIDAK DIGUNA PAKAI. KITA PERCAYA DATUK BANDAR IPOH, DENGAN AHLI MAJLISNYA SEDIA MAKLUM BAGIAMANA TINDAKAN YANG SEHARUSNYA DI AMBIL, SETELAH MENERIMA TEGORAN YANG DI LUAHKAN SENDIRI OLEH DYTM RAJA DR NAZRIN SHAH KELMARIN.

TOK NGAH.