SESEKALI TERFIKIR DALAM BENAK INI RASA TIDAK SELAMAT TINGGAL DIZAMAN INI, DIMANA SAHAJA. DI NEGERI MAJU ATAU PUN SEDANG MEMBANGUN.
- KETAKUTAN SERTA KEBIMBANGAN MERAYAP SERTA MEMBALUT TUBUH KERDIL YANG SENJA INI. SETIAP HARI BERITA DAN CERITA YANG DIPAPARKAN DAN KEDENGARAN DI TELINGA, KESAH-KESAH KEKEJAMAN MANUSIA SESAMA MANUSIA. PERASAAN NGERI DAN HILANG KEYAKINAN MENEBAL DALAM DIRI INI LANTARAN GEJALA YANG BERLAKU SETIAP SAAT DAN SETIAP HARI.
- KESELAMATAN HARI INI TELAH LUMPUH DAN HAMPIR TERHAKIS DEK KEGANASAN YANG BERLAKU SETIAP MASA. SEKALIPUN PIHAK YANG BERTANGGUNG JAWAB TELAH BERUSAHA DENGAN PENUH TANAGA DAN WASPADA, TETAPI ANASIR KEKEJAMAN SEMAKIN GANAS DAN RANCAK MENJALANKAN AKTIVITINYA.
- APAKAH PUNCA DAN BERMULA DARI MANA SEMUA INI? HINGGA HILANG SEGALA RASA KESIAHAN DAN PRIHATIN TERHADAP SESAMA MANUSIA. DIMANA HILAGNYA PEGANGAN AGAMA DAN FAHAMAN YANG SEMPURNA SERTA KEMURNIAN BERIBADAH TERHADAP YANG MAHA PENCIPTA? HINGGA ADA YANG SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA, SEMATA MENGIKUT KEHENDAK NALURI GANAS SERTA KEJAM ITU.
BUNUH MEMBUNUH MENJADI PERMAINAN DIMANA SAJA. PEROGOL, PENDERAAN DAN PENYIKSAAN SESAMA MANUSIA SENTIASA BERLAKU. SUNGGUH MENAKUTKAN.
TOK NGAH.