Labels

Sunday, September 19, 2010

KEBIMBANGAN BUMIPUTRA

  1. SELEPAS PILIHAN RAYA KE 12, KAUM BUMIPUTRA KHASNYA ORANG MELAYU MERASAKAN TIDAK SELESA DAN BIMBANG DENGAN KEDUDUKAN MEREKA DAN ANAK CUCU MEREKA.

KINI DENGAN GAGASAN 1 MALAYSIA YANG DICETUSKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI, MOHD NAJIB TUN RAZAK MEREKA BERTAMBAH SEBU DAN TERPINGA-PINGA, APA HARUS MEREKA TERJEMAHKAN KEPADA KELUARGA DAN ANAK CUCUNYA. KINI KAUM BUMI SEMAKIN KELABU DAN KELIRU, APA BILA KAUM CINA DAN INDIA MENUNTUT HAK MEREKA. MALAH ADA YANG BERANI MEMPETIKAIKAN HAK BUMIPUTRA TERUTAMANYA ORANG MELAYU YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN.

KEBIMBANGAN SERTA KERISAUAN YANG DI RASAI, AKAN BERTERUSAN HINGGA KE PILIHANRAYA YANG 13. SEKALIPUN KERAJAAN TELAH MEMBARI JAMINAN ATAS KEBIMBANGAN TERSEBUT, DENGAN ADANYA PENCETUS ISU-ISU PERKAUMAN YANG DILAKUKAN OLEH MEREKA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB, KEJADIAN JENAYAH YANG BERTINDIH SETIAP HARI MALAH DI HIMPIT PULA DEGAN PEMBUNUHAN KEJAM, KAUM BUMI DAN ORANG MELAYU SUDAH TIDAK SELAMAT LAGI.

PARA PEMIMPIN KERAJAAN, SEHARUSNYA TELAH BERSEDIA DAN TAHU BAGAIMANA HENDAK MELEGAKAN KEBIMBANGAN ATAU KERISAUWAN KAUM BUMI TERSEBUT. BIJAK PANDAI SERTA PEMIKIR YANG BIJAKSANA PASTI ADA IDEA UNTUK MEMBANTU KERAJAAN BAGI MEREDAKAN KEADAAN SERTA MEYAKINKAN SEMUA PIHAK. PEMIMPIN PARTI POLITIK TIDAK HARUS MEMBANGKITKAN ISU PERKAUMAN, MEMENTINGKAN DIRI DAN PARTI, DENGAN MEMBIARKAN RAKYAT BERCELARU.

HATI DAN PERASAAN KAUM BUMI DAN ORANG MELAYU SUDAH TERLUKA. SELAMA 53 TAHUN MERDEKA KAUM BUMI DAN ORANG MELAYU MASIH KETINGGALAN DALAM BANYAK PERKARA. ITU SEBABNYA PILIHANRAYA KE 12, MEMBERI AMARAN MAHU PUN PERINGATAN KEPADA SEMUA PARTI POLITIK KHASNYA UMNO.

JIKA MENARI BIARLAH IKUT BUNYI GENDANGNYA. ANDAINYA TIDAK PANDAI MENARI, JANGANLAH DIKATAKAN LANTAI TINGGI RENDAH.

TOK NGAH.