DIMANA-MANA KITA PERGI DI SELURUH MALAYSIA RATA-RATA RAKYATNYA BERBAHASA MELAYU SEBAGAI ALAT PERHUBUNGAN YANG PALING MUDAH DAN SESUI.
OLEH KERANA PENGGUNAAN BAHASA MELAYU YANG FASIH DAN LANCAR, KITA MUDAH BERHUBUNG DAN MUDAH TERPIKAT. SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA BERBANGSA MELAYU, SUDAH PASTI MERASA BANGGA DAN GEMBIRA JIKA MENDENGAR BANGSA LAIN MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU UNTUK MENYAMPAIKAN SESUATU KEHENDAK SERTA HAJAT. SEKALIPUN HAJATNYA TIDAK IKHLAS.
DEMIKIANLAH KESAHNYA PADA SATU PAGI DI TEMPAT AWAM DALAM BANDARYA IPOH, SAYA TERTARIK DAN TERPEDAYA DENGAN SEORANG PEMANGSA. DENGAN KEADAAN YANG KURANG SEHAT IA BERJALAN MENGHAPIRI SISI KERETA SAYA TERUS BERTANYA 'FAHAM BAHASA MALAYSIA?'
DENGAN LANCAR JUGA SAYA JAWAB 'YA'.
SELEPAS ITU LELAKI BERKENAAN TERUS MENCERITAKAN TENTANG KESUSAHANNYA, DENGAN WAJAH YANG SELAMBA, PENUH YAKIN UNTUK MENDAPATKAN SIMPATI DARI SAYA. SAYA BERSAMA ISTERI AGAK TERGAMAM MENDENGARKAN CAR DIA BERCERITA UNTUK MENDAPATKAN RM5/= UNTUK MAKAN TENGAH HARI. KETIKA ITU JAM LEBIH KURANG 9.30 PAGI.
'JANGAN BAGI BISIK ISTERI, KEPADA SAYA. 'SAYA DARI IPOH GARDEN, NAK CARI KAWAN SAYA, SAMPAI DI SINI SAYA TAK JUMPA, JADI SAYA TAK ADA WANG, BOLEH KAH ENCIK BERI SAYA RM5/= UNTUK BELANJA SAYA MAKAN TENGAH HARI..?' BEGITU LANCAR LELAKI CHINA ITU BERTUTUR. SAYA TERUS BERTANYA KEPADANYA 'BERAPA UMUR AWAK?' 'LIMA PULUH LEBIH' JAWABNYA.
BERPAKAIAN KEMAS, KEMEJA LENGAN PENDEK BERWARNA CERAH, BERTALI PINGGANG, BERKASUT GETAH HITAM, BERCERMIN MATA AGAK TEBAL. BERJALAN PERLAHAN SEDIKIT JENGKUT. KEDUA BELAH TANGAN NAMPAK KEMERAH-MERAHAN TANDA ADA SAKIT KULIT. SAYA TANYA ' KENAPA TANGAN AWAK MERAH-MERAH NI?' 'SAKIT' JAWABNYA PENDEK, SAMBIL TERSENYUM. 'BOLEH KAH BERI SAYA LIMA RINGGIT? TANYA LELAKI ITU SEKALI LAGI. DENGAN TIDAK BERKATA APA-APA SAYA TERUS MINTA KEPADA ISTERI SAYA LIMA RINGGIT DAN TERUS BERI KEPADA LELAKI CHINA ITU.
LELAKI CHINA ITU MENGUCAPKAN 'TERIMA KASIH' DAN TERUS BERLALU DENGAN BERJALAN AGAK PERLAHAN DAN TERUS HILANG DARI PANDANGAN SAYA. ISTERI SAYA KELUAR DARI KERETA DAN PERGI KE PASAR UNTUK MEMBELI KEPERLUAN. 15 MINIT KEMUDIAN ISTERI SAYA KEMBALI DARI PASAR, BELUM SEMPAT DUDUK DIA BERKATA ' MEMANG DIA PENIPU, SAYA NAMPAK DIA MINTA DARI ORANG LAIN DISEBERANG JALAN SANA'.
DALAM PERJALANAN PULANG SAYA JUGA TURUT MELIHAT LELAKI BERKENAAN SEDANG MEMINTA SESUATU DARI PEMANDU YANG LAIN PULA. HATI KECIL KU BERKATA SUNGGUH MUDAH UNTUK MENDAPATKAN SESUAP NASI DI NEGERIKU MALAYSIA.
BUKAN SEKALI SAYA TERKENA DAN TERPEDAYA DENGAN MANUSIA YANG MENUNJUK SUSAH TETAPI PINTAR MEMPERDAYA MANGSANYA, LANTARAN KEMAKMURAN YANG TERDAPAT DI NEGARA INI. TIDAK LAMA DULU SEORANG LELAKI MELAYU BERUSIA LINGKUNGAN 60AN, MENUNGGANG MOTOSIKAL KAPCAI YANG AGAK USANG, DATANG MENGHAMPIRI SAYA MEMINTA BANTUAN KERANA TAYA MOTORNYA PAMCET.
SETELAH BEBERAPA MINGGU SAYA DAN ISTERI SAYA TERJUMPA SEKALI LAGI LELAKI BERKENAAN DAN BERHAJAT UNTUK MENDAPATKAN SIMPATI SAYA DENGAN MENGATAKAN MOTORNYA ROSAK. LANTAS ISTERI SAYA MEMBANTAH DAN MENEGOR LELAKI ITU, ' BUKANKAH PAK CIK INI YANG MENTA DUIT PADA SUAMI SAYA DULU, KERANA TAYA PAMCET?'
DENGAN TEGURAN ITU, LELAKI ITU TERUS BERLALU MENINGGALKAN KAMI. DENGAN SINARIO YANG SAYA PAPARKAN ITU, MENUNJUKAN BAHAWA KEMAKMURAN YANG TERSERLAH DALAM NEGARA YANG BERBILANG KAUM DAN AGAMA INI, DAPAT HIDUP DENGAN AMAN DAMAI TIDAK ADA ANCAMAN.
BAHASA JIWA BANGSA- GUNAKANLAH BAHASA KEBANGSAAN KITA.
TOK NGAH.
No comments:
Post a Comment
http://www.kentangspring.com/aff/?id=54255