Labels

Saturday, November 13, 2010

ALAHAI AZMIN ALI....MERAYU BIARLAH KEPADA YANG SAYANG...

SETELAH  DATO  ZAID  IBRAHIM  MELETAK  SEMUA  JAWATAN  DALAM  PKR DAN  BERCADANG  MENUBUHKAN  PARTI  'KEADILAN  BARU'  JIKA  DI PECAT  DARI  PKR,  MERUPAKAN  SATU  TAMPARAN  MAUT  KEPADA  KEPIMPINAN  TERTINGGI  PKR  TERUTAMA  PENASIHATNYA  DSAI.

KEMUDIAN  DENGAN  MUKA  TAK  MALU, AZMIN ALI  PULA  MERAYU  SUPAYA  DATO  ZAID  MELUPAKAN  HASRATNYA,  DAN  MENGAJAK  DATO  IBRAHIM  BERBINCANG  DENGAN  PEMIMPIN  TERTINGGI  PKR.  MAKSUDNYA  MENYELESAIKAN  MASALAH  DALAMAN  PARTI  DENGAN  CARA  TERTUTUP.  DAN  TIDAK  PERLU   MENUBUHKAN  PARTI  BARU  UNTUK  MEMPERJUANGKAN  REFORMASI.

AMAT  PELIK  DAN  MENGHAIRANKAN,  SECARA  TIBA-TIBA  AZMIN  ALI,  MAHU  MENASIHATKAN  DATO  ZAID  LANTAS  MEMUJUK  SUPAYA  DATO ZAID  BERBINCANG  BAGI  MENGATASI  SEGALA  KEMELUT  YANG  BERLAKU  DALAM  PARTI  PKR.  DI MANA  LOJEKNYA  AZMIN  BUDAK  MENTAH  SURUHAN DSAI  UNTUK  MENASIHAT  DATO  ZAID..?  BOLEH KE DATO  ZAID  MENERIMANYA..?

DARI  APA  YANG  UMUM  KETAHUI  MEREKA  ADALAH  KEPIMPINAN  TERTINGGI  DAN  MASING-MASING  BERHASRAT  BERTANDING  UNTUK  MEREBUT  TEMPAT  NOMBOR DUA  DALAM  PARTI.  DISEBABKAN  AZMIN  MENDAPAT  SOKONGAN  KUAT  DARI  DSAI  DAN  KERONINYA,  SERTA  PERMAINAN  KOTOR  YANG   WUJUD  DALAM  MENENTU  MENANGKAN  AZMIN  ALI  SEBAGAI  TIMBALAN  PRESIDEN,  DATO  ZAID  TELAH  SEDAR  BAHAWA  BELIAU  DIPERLEKEHKAN.
 
HINGGA  KOMEN  INI  DI TULIS,  NAMPAKNYA  KEMELUT  &  KEKECOHAN  DALAM   PKR  (PERANCANG  PR)  BERTAMBAH  PANAS.  MALAH  DATO ZAID  SENDIRI  DESAK  SUPAYA  DSAI  DAN  AZMIN ALI  UNDUR  DARI  PKR.  KERANA  KEDUA-DUA  PEMIMPIN  TERSEBUT  ADALAH  PUNCA  SEGALA  MASALAH  YANG  BERLAKU  DALAM  PKR.

DALAM  PADA  ITU  AZMIN  JUGA  MENEGASKAN  BAHAWA  BELIAU  TIDAK  AKAN  UNDUR  DARI  BERTANDING  BAGI  MEREBUT  JAWATAN  TIMBALAN PRESIDEN.  SEMENTARA  ITU  BEKAS  PEMIMPIN  PKR,  DR  CHANDRA  MUZAFFAR  PUN  MEMPERSOALKAN  KEDUDUKAN  DSAI  TIDAK  DI LANTIK  SEBAGAI  PEMIMPIN  TERTINGGI  TETAPI  TELAH  MENGATASI  KUASA  PRESIDEN, DAN  MENUDUH  DSAI  TIDAK  DEMOKRATIK.

BERBALIK  KEPADA  AZMIN  ALI,  YANG  KINI  MERASA  SELESA  DENGAN  KEDUDUKANNYA, TANPA  DATO  ZAID  IBRAHIM.  LAWANYA  IALAH  MUSTAFFA KAMIL  UNTUK  MEREBUT  JAWATAN  NOMBOR  DUA  ITU.  NASIB  MUSTAFFA  SUDAH  DI KETAHUI...ITU  SEBAB  BELIAU  MEMBERI  MEMORANDUM  UNTUK  MEMBATALKAN  SEMUA  PEMILIHAN  YANG  SEDANG  BERLANSUNG.

TOK NGAH.

No comments:

Post a Comment

http://www.kentangspring.com/aff/?id=54255