1. PPSMI TELAH DILAKSANAKAN ENAM TAHUN YANG LALU, DAN KETIKA ITU Y.BHG. TUN DR MAHATHIR SEBAGAI PERDANA MENTERI. KALAU TAK SILAP TOK NGAH, INILAH JUGA BUAH TANGAN TUN SENDIRI.
2. KITA SEMUA TAHU, DAN SELURUH DUNIA MENGETAHUI, BAHAWA TUN ADALAH
SEORANG YANG TAJAM PEMIKIRAN DAN JAUH PANDANGANNYA. BELIAU DISANJUNG OLEH RAKAN DAN LAWAN BAHAWA TUN ADALAH SEORANG PEMIMPIN DAN CENDIAKAWAN TERBILANG. OLEH ITU TOK NGAH PERCAYA TUN MEMBUAT CADANGAN PPSMI DIAJAR DALAM BAHASA INGGERIS ADA FALSAFAH DAN MAKNA YANG TERSIRAT, DAN TERSENDIRI.
3. SETELAH ENAM TAHUN BERLALU, DAN TELAHPUN BERJALAN DENNGAN BAIK
DAN SEWAJARNYA. KINI TIMBUL KEBIMBANGAN DARI PIHAK-PIHAK YANG TERTENTU, DENGAN MENDESAK SUPAYA PPSMI DI KAJI DAN DIKEMBALIKAN KEPADA ASAL. SETUJU DENGAN TAK SETUJU 50-50. TOK NGAH SENDIRI TAK BEGITU ARIF APA YANG BERLAKU. HINGGA KINI TELAH MENIMBULKAN KEKECOHAN YANG TAK DI DUGA. MEREKA YANG BERTELAGAH ADALAH TERDIRI
DARI PAKAR DALAM BIDANG MASING-MASING.
4. DI TV DAN SURAT KHABAR PELBAGAI WAJAH KELIHATAN MEMBUAT KOMEN ITU DAN INI. YANG PELIK BIN AJAIB, TAK SEORANG PUN MURID-MURID YANG TERLIBAT SECARA LANSUNG, DI MINTAK MEMBUAT KOMEN, SAMA ADA DIBANDAR MAHU PUN LUAR BANDAR. BAHAWA PPSMI ITU BAGAIMANA MEREKA HADAPI...? PADA TOK NGAH PADA MEREKALAH MENENTUKAN MASA DEPAN MEREKA, BUKAN KITA. KITA HANYA PERLU MEMBIMBING DAN TEGOR MANA YANG TAK KENA. ZAMAN INI BUKAN LAGI ZAMA SURUH MENYURUH, BUAT ITU BUAT INI. DI ERA GLOBALISASI, MEREKA SENDIRI HENDAK BERDIKARI MENENTUKAN MASA DEPAN MEREKA. JADI KITA KENA TANYA MEREKA APA MEREKA MAHU DAN BAGAIMANA CARANYA....?
5. DARI PANDANGAN TOK NGAH, ADA BAIKNYA SEMUA PIHAK YANG ARIF DAN BERTANGGUNG JAWAB DALAM BIDANG MEMBINA INSAN MISALI, BERDAYA SAING SERTA BERAMANAH, DUDUK BERSAMA BERBINCANG MENCARI JALAN TERBAIK, AGAR SEMUA SIMPUL KUSUT DAPAT DI ATASI DENGAN DADA YANG LAPANG. TIDAK ADA PENYAKIT YANG TIDAK ADA UBAT. JANGAN YANG PAHIT ITU TERUS DI BUANG.
TOK NGAH.