- KHATIB ZAKARIA AHMAD MENGAKU SILAP CARA DAN TEMPAT BERDOA HINGGA MENIMBULKAN KEKELIRUAN DIKALANGAN UMAT ISLAM SELURUH NEGERA.
PUN BEGITU BELIAU TETAP MEMPERTAHANKAN TINDAKANNYA BAGI MENDOAKAN ORANG BUKAN ISLAM, TERUTAMANYA TERHADAP KETUA MENTERI PULAU PINANG, LIM GUAN ENG, DENGAN HARAPAN SUPAYA ALLAH MEMBERI HIDAYAH UNTUK MEMELUK AGAMA ISLAM.
DENGAN PENGAKUAN TERSEBUT, SECARA LANSUNG ZAKARIA AHMAD ( ANAK PERAK KHATIB JEMPUTAN ) MENJADI POPULAR DAN MENARIK PERHATIAN RAMAI, DEMI PARTI YANG DIPERJUANGKANNYA, MERASA PUAS HATI. LANTAS BELIAU MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM PULAU PINANG, KERANA MEMBERI PANDUAN DAN TIDAK PULA MENGAMBIL TINDAKAN APA-APA TERHADAPNYA.
LEBIH HEBAT LAGI KHATIB TERSEBUT MENEGASKAN, BELIAU TIDAK PERLU MEMOHON MAAF KEPADA ORANG RAMAI TERUTAMANYA UMAT IASLAM, ATAS KESILAPAN YANG BELIAU TELAH LAKUKAN ITU, KERANA BELIAU ADA TAULIAH. MAIPP BERPUAS HATI DENGAN PENJELASANNYA LANTAS TIDAK MEMBUAT APA-APA PERTUDUHAN TERHADAPNYA.
PADA PANDANGAN TOK NGAH DAN RAKAN-RAKAN, MUNGKIN RAMAI LAGI UMAT ISLAM KHASNYA ORANG PERAK, MERASA TERSINGGUNG DAN KECEWA DENGAN SIKAP DAN TINDAKAN YANG DIPAMIRKAN OLEH SEORANG ANAK PERAK DI NEGERI ORANG, (PULAU PINANG ). ZAKARIA AHMAD SEHARUSNYA MEMOHON MAAF ATAS PERBUATANNYA ITU TERUTAMA KEPADA ORANG KAMPUNGNYA SENDIRI, UMUMNYA KEPADA ORANG PERAK.
SEKIRANYA BENAR-BENAR ZAKARIA AHMAD HENDAK BERDAKWAH, ATAU INGIN MENYAMPAIKAN ILMU KEPADA RAKYAT, ADA BANYAK TEMPAT DAN CARA YANG BOLEH DI LAKUKAN. BUKAN DENGAN CARA HENDAK MENAGGUK DI AIR YANG KERUH, ATAU MENDAPAT SANJUNGAN MURAHAN SERTA MENYINGGUNG PERASAAN BANGSA SENDIRI. LANTAS MENCEMARKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM, SEPERTI YANG BELIAU LAKUKAN DIATAS MIMBAR MASJID .
TOK NGAH INGIN CADANGKAN SUPAYA ZAKARIA AHMAD PERGI BERDAKWAH DAN MENCARI IKHTIAR, BAGAIMANA HENDAK MENANGANI GEJALA BUANG BAYI, CABUL DAN BUNUH ANAK SENDIRI, PUKUL ISTERI, PEREMPUAN BERSUAMI LEBIH DARI SATU DAN SEUMPAMANYA. ALLAH MENGETAHUI SEGALA NIAT DAN PERBUATAN HAMBANYA.
TOK NGAH.