Labels

Saturday, August 28, 2010

SEBAB NILA SETITIK..........

  • PERIBAHASA MELAYU BERKATA ' KITA BERI BUNGA DIBALAS DENGAN TAHI' INILAH PERISTIWA YANG TERJADI DIKEDUTAAN MALAYSIA DI JAKARTA BARU-BARU INI . SEKALIPUN MEREKA DIDALANGI OLEH MEREKA YANG DURHAKA KEPADA NEGARA SENDIRI, TETAPI TELAH MENJADI 'SEBAB NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA.'

BERMULA DARI DOA SALAH TEMPAT OLEH KHATIB YANG KURANG ARIF, MUNGKIN NAK CARI POPULAR DEK HEBATNYA BERDAKWAH, KITA DI KEJUTKAN PULA OLEH SEORANG WANITA KAFIR MEMBERI TAZKIRAH DI SURAU AL-HUDA KAJANG SENTRAL, LANTAS KITA DI HEBOHKAN PULA DENGAN TOMAHAN AHLI PARLEMAN PANTAI YANG COMEL LOTEH, MEMALUKAN NEGARA DAN BANGSA SENDIRI DILUAR NEGARA.

INILAH KEADAAN, SINARIO POLITIK TANAH AIR KITA. KEMAJUAN YANG DI PEROLEHI SERTA DICANANG SEANTERO DUNIA, NAMPAKNYA TELAH MENGAIBKAN. ANDAINYA PEMIMPIN ULUNG NEGARA YANG TELAH PERGI MASIH HIDUP, PASTI MEREKA TERUS SESAK NAFAS DAN MENEMUI AJALNYA, DISEBABKAN ANAK CUCU CETEK ILMU DAN KURANG AJAR.

DISEBABKAN NAFSU HARAKAH INGIN BERKUASA, SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA SEPERTI FIRAUN. PEJUANG BANGSA YANG BERKORBAN APA SAHAJA DEMI NEGARA, BANGSA DAN AGAMA KINI MENERIMA BALASAN DENGAN NAJIS OLEH SEGELINTIR MANUSIA RAKUS YANG MENJADIKAN 'KEBEBASAN BERSUARA' SEBAGAI VISA YANG MEMBOLEHKAN MEREKA MENGHINA NEGARA, BANGSA DAN AGAMA.

WAHAI ANAK BANGSAKU YANG DIKASIHI SEKALIAN, INSAFLAH DAN KEMBALILAH KEJALAN YANG BENAR DAN DIREDAI OLEH ALLAH. JADIKANLAH AL-QURAN DAN HADIS NABI ITU SEBAGAI PETUNJUK. PARA ULAMAK ITU TEMPAT RUJUKAN, JIKA KELIRU. IBU BAPA SEBAGAI EDOLA KITA.

ANDAINYA KEJADIAN YANG DIPAPARKAN DIATAS, DIBALAS DENGAN TAHI JUGA, PASTI KEADAANYA MENJADI LEBIH KOTOR DAN JIJIK. PARA PEMIMPIN NEGARA, HARUSLAH BERHATI-HATI DAN MUHASABAH DIRI. SEBARANG TINDAKAN YANG DI AMBIL, BELAJARLAH DARI KESILAPAN YANG LALU. USAH GUSAR DENGAN TINDAK TANDUK SEGELINTIR MANUSIA YANG RAKUS DAN TAMAK ITU. JADIKAN ITU SEBAGAI CABARAN DAN DUGAAN DARI YANG MAHA ESA.

LANGKAH YANG KITA ATUR DARI MULA HINGGA KE PENGHUJUNGNYA, ENTAH BILA TAMATNYA..? DUNIA BELUM KIAMAT, SELAGI ITU KITA HARUS BERAMAL DAN BEKERJA UNTUK DIRI, KELUARGA, NEGARA, BANGSA DAN AGAMA.

TOK NGAH.