SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, BEGITULAH KEADAAN YANG BERLAKU DALAM PARTI KEADILAN RAKYAT PKR. DENGAN BERLAKUNYA KEKECOHAN DALAM MESYUARAT CABANG PARTI ITU BARU-BARU INI SUDAH JELAS PENGURUSAN & PENTADBIRAN TANGKAP MUAT TIDAK MENJURUS KEPADA KEBAIKAN PARTI.
SETIAUSAHA AGUNGNYA SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL MEMBERI PENGAKUAN TERSEBUT. JAWATANKUASA PEMILIHAN PUSAT (JPP) TELAH MENERIMA ADUAN BERKAITAN DENGAN KELEWATAN KEHADIRAN, KERTAS UNDI DAN PENGAWAS PEMILIHAN. SEMENTARA ITU BELIAU JUGA MENUDUH ADA ANASIR LUAR YANG CUBA SABOTAJ. BEGITU MUDAH MEMBUAT KESIMPULAN APABILA KEGAGALAN BERLAKU.
BAGIAMANA ORANG LUAR BOLEH MERESAP MASUK DAN MEMBUAT KECOH TANPA DISEDARI DARI AWAL? APAKAH TIDAK ADA SENARAI KEAHLIAN YANG SAH DAN
DIBENARKAN MASUK DEWAN.? ATAU SENGAJA DIBIARKAN APA SAHAJA BERLAKU, KERANA NAK LIHAT SEJAUH MANA SAMBUTAN ORANG RAMAI TERHADAP PARTI BERKENAAN.
DIBENARKAN MASUK DEWAN.? ATAU SENGAJA DIBIARKAN APA SAHAJA BERLAKU, KERANA NAK LIHAT SEJAUH MANA SAMBUTAN ORANG RAMAI TERHADAP PARTI BERKENAAN.
PADA HEMAT SAYA MEMANG PARTI BERKENAAN TIDAK MAHIR MALAH TIDAK MAMPU MENGENDALIKAN MESYUARAT DENGAN BAIK. SEJAK DARI AWAL LAGI, IAITU MASA MENENTUKAN CALUN-CALUN YANG BERTANDING DI PERINGKAT TERTINGGI LAGI SUDAH MENIMBULKAN KEKECOHAN. DALAM PADA ITU DI TAMBAH DENGAN KEMASUKAN AHLI-AHLI BARU YANG DI ANGGAP BERKALIBAR MASUK MENJADI CALUN PILIHAN.
SEMUA GEJALA TERSEBUT MEMBERI KESAN KEPADA AHLI-AHLI YANG LEBIH LAMA MANANTI TIDAK DI NAMAKAN, SEBAGAI CALUN PEMIMPIN. MASALAH YANG SERUPA BERLAKU APABILAN PERUBUTAN KUASA DITAJA OLEH PEMIMPIN ATASAN. SEBAGAI CONTOH, DATO' ZAID IBRAHIM MISALNYA, TELAH DIRESTUI OLEH PENASIHAT PKR DSAI. INI MEMBUATKAN ORANG YANG DITAJA MERASA YAKIN BAHAWA ANGGOTA BAWAHAN AKAN TERUS MENERIMA.
PEREBUTAN KUASA TELAH DIKECOHKAN LAGI DENGAN PENGAKUAN YANG DI BUAT OLEH AHLI PARLEMAN LEMBAH PANTAI, NURUL IZZAH ANWAR UNTUK BERTANDING JAWATAN NAIB PRESIDEN. NAMPAKNYA ANAK BERANAK TELAH MENDAPAT PENCALUNAN UNTUK BERTANDING SEBAGI PERESIDEN DAN NAIB PRESIDEN.
SEDIHNYA, TAN SRI KHALID IBRAHIM, DATO' ZAID IBRAHIM TIDAK MEMPUNYAI HARAPAN DALAM PERTANDINGAN KALI INI. SEBAGAI AYAM SABUNG PADA MULANYA, ZAID IBRAHIM DAN KHALID IBRAHIM KINI TERPAKSA MENJADI MANGSA MANIPULASI KELUARGA YANG DIKELILINGI KERONI-KERONI YANG AMAT RAPAT DENGAN KELUARGA DSAI.
AHLI-AHLI DI PERINGKAT CABANG YANG MASIH LAGI BELUM SELESAI BERMESYUARAT, TERPAKSA MEMBUAT KECOH ATAU DIKECOHKAN OLEH MEREKA YANG MENYOKONG DUA ORANG AYAM SABUNG YANG JELAS AKAN HILANG JAWATAN PADA AKHIRNYA.
TOK NGAH.