YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA, DS MOHD NAJIB TUN RAZAK TELAH MEMBENTANGKAN BAJET 2011 PADA 15 OKT. 2010 YANG LALU DENGAN MEMPERUNTUKAN SEBANYAK RM212 BILION.
PERBELANJAAN PENGURUSAN SEPERTI BIASA MENELAN LEBIH BANYAK PERUNTUKAN DENGAN JUMLAH RM162.8 BILION, MANAKALA PEMBANGUNAN HANYA RM49.2 BILION. DALAM KEDUA-DUAN BAHAGIAN ITU, SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG RAKYAT JELATA DAPAT MENIKMATINYA. MAKA DENGAN ITU PENULIS MENTERJEMAHKANNYA SEBAGAI 'BAJET MESRA RAKYAT BERPENDAPATAN TINGGI'.
DENGAN MENGGARISKAN 4 STRATEGI POKOK YANG MENJURUS KEPADA KEHENDAK SERTA ISNPIRASI RAKYAT, AGAR SAMA-SAMA MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU DAN BERPENDAPATAN TINGGI. DALAM 4 STRATEGI ITU TIGA DARINYA TERUS MENERJAH KEPADA RAKYAT IAITU MEMBANGUNKAN MODAL INSAN, MENSEJAHTERAKAN HIDUP RAKYAT SERTA MEMANTAPKAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM.
ANDAINYA STRATEGI INI DAPAT DIAPLIKASIKAN DENGAN TERATUR DAN AMANAH, KITA PERCAYA KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT YANG BERPENDAPATAN TINGGI DAPAT DI CAPAI MENJELANG 2020. KITA YAKIN DENGAN LAHIRNYA MODAL INSAN YANG BERKUALITI, SECARA TIDAK LANGSUNG PERKHIDMATAN AWAM AKAN TERUS MELONJAK KE TAHAP YANG KITA CITA-CITAKAN MEWUJUDKAN SEBUAH NEGARA MAJU.
DI SAMPING KERAJAAN PIHAK SWASTA JUGA DIHARAPKAN MEMAINKAN PERANAN DALAM BIDANG PELABURAN. INSENTIF YANG DI BERI KEPADA PIHAK SWASTA PERLU DILAKSANAKAN DENGAN BERKESAN DAN INOVATIF. SATU PERKARA YANG MENARIK KEPADA PIHAK PEKERJA ATAU KAKI TANGAN AWAM IALAH DENGAN PENUBUHAN MAJLIS KONSULTASI GAJI NEGARA. DENGAN WUJUDNYA MAJLIS TERSEBUT, PASTI NASIB ATAU KEDUDUKAN PEKERJA DAPAT DINAIK TARAF KEPADA TAHAP BERPENDAPATAN TINGGI.
APAPUN YANG DILAKSANAKN OLEH KERAJAAN, TERUTAMANYA PEMBENTANGAN BAJET INI, ADA PIHAK-PIHAK YANG TIDAK PUAS HATI DAN KURANG YAKIN MALAH MENIDAKAN STRATEGI YANG DI GARISKAN OLEH KERAJAAN. SUDAH PASTI PIHAK PEMBANGKANG MENGKLASIFIKASI SEBAGAI BAJET PRU KE 13.
PADA PANDANGAN PENULIS, BAHAWA DS NAJIB TELAH MENUNJUKAN PRESTASI DAN TANGGUNGJAWABNYA SEBAGAI PEMIMPIN (PM) YANG BERANI DAN MESRA RAKYAT. DALAM KEADAAN POLITIK YANG DITERJEMAHKAN TIDAK MENENTU, BELIAU MEMBERANIKAN DIRI DENGAN BAJET YANG AGAK BESAR DAN BERHEMAH. DI SAMPING ITU PM JUGA TELAH MENEGASKAN BAHAWA KERAJAAN TIDAK MENGAMBIL JALAN MUDAH UNTUK MENGGADAI KEPENTINGAN NEGARA DEMI UNTUK POPULAR.
"KITA BUKANNYA SAUDAGAR MIMPI YANG MEMPERDAGANGKAN DONGENGAN. KITA ADALAH PARTI PEMBINA HARAPAN YANG BERPIJAK DI BUMI NYATA."
TOK NGAH.