UCAPAN DS MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK, PRESIDEN PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (PEKEMBAR) YANG KE 61, PADA 21 OKT.2010 DI DEWAN MERDEKA PWTC, ADALAH SEBUAH UCAPAN YANG PALING BERNAS DAN BERANI PERNAH DILUAHKAN OLEH SEORANG PRESIDEN PARTI.
INILAH UCAPAN DASAR YANG DINANTI-NANTIKAN OLEH LEBIH 2,700 ORANG PERWAKILAN DARI SELURUH NEGARA. DS NAJIB BUKAN SAHAJA MENGAJAK ORANG MELAYU BERSATU, MALAH BELIAU TELAH MELETAKAN MARTABAT ORANG MELAYU KETEMPAT YANG ASAL SEJAK MULA PARTI KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (PEKEMBAR) DITUBUHKAN. INILAH CITA -CITA DAN HARAPAN BANGSA MELAYU YANG BERSATU MENUBUHKAN PARTI BERKENAAN.
PASTINYA MENJADI SATU SUNTIKAN YANG MELONJAK PARADIGMA ORANG MELAYU UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN YANG DI ILHAMKAN SEJAK 64 TAHUN LALU. SEMANGAT DAN ILTIZAM ORANG MELAYU KEMBALI CERAH SERTA SEGAR APABILA SUARA SEORANG PRESIDEN BERKUMANDANG DENGAN NADA YANG BARU DAN BERTENAGA. PERJUANGAN PERLU DI TERUSKAN HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR.
SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG, IA TELAH MEMBERI JAWAPAN KEPADA PERSOALAN YANG BERACUN DAN TERTANGGUH, DALAM TEMPUH PASCA PRU KE 12 YANG LALU. PRASANGKA TERHADAP KEPIMPINAN DS NAJIB DAN RAKAN-RAKANNYA KINI TELAH TERJELAS DAN DIPAPARKAN DALAM UCAPAN TERSEBUT. TERPULANGLAH KEPADA RAKYAT UNTUK MENYAMBUT DAN MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SELARAS DENGAN UCAPAN ITU.
ADALAH MENJADI KEWAJIBAN KEPADA SELURUH PEMIMPIN PARTI KERAMAT INI MENGANALISA, SERTA MENTERJEMAHKAN DALAM USAHA MEMBERI KEFAHAMAN, KEMUDAHAN, KEMEWAHAN SERTA KESEJAHTERAAN KEPADA RAKYAT PADA KESELURUHANNYA. AGAR CITA-CITA ITU MENJADI KENYATAAN.
TOK NGAH.