SEBAGAI MANUSIA YANG LEMAH, SEHARUSNYA KITA MUHASABAH DIRI SERTA MELAPANGKAN DADA DENGAN JUJUR, APABILA ADA ORANG LAIN YANG SUDI DAN IKHLAS MENEGUR SERTA MENASIHATKAN KITA, YANG TELAH MELAKUKAN SESUATU YANG MENYUMBANG KEPADA KEAIBAN DIRI SERTA KELUARGA.
PENDEDAHAN DEMI PENDEDAHAN TELAH DILAHIRKAN OLEH KAWAN DAN LAWAN MENGENAI DIRI KITA, APAKAH TINDAKAN YANG SEHARUSNYA KITA AMBIL....? MELAWAN ATAU BERIDIAM DIRI..? APAPUN KITA DIBERI PANDUAN BAHAWA JANGAN PANDANG SIAPA YANG BERCAKAP, TETAPI HENDAKLAH MENGAMBIL IKTIBAR APA YANG DI CAKAPKAN. UMPAMA SEBUAH BUKU, JANGAN PANDANG KULITNYA, BACA DAN HAYATILAH ISINYA.
PENDEDAHAN YB ZULKIFLI NOORDIN, AHLI PARLEMAN KULIM, BADAR BARU. SALAH SEORANG ORANG KUAT DSAI DALAM PKR DAN KINI BERALEH KEPADA BEBAS. SETIDAK-TIDAKNYA MENJADI KAYU PENGUKUR ATAU DACING YANG MEMBOLEHKAN KITA BERFIKIR DUA KALI. DARI SEGI PENDIDIKAN DAN KEBOLEHAN MEMANG TIDAK JAUH BEZANYA DSAI DENGAN YB ZULKIFLI. TETAPI PENGALAMAN YANG ADA PADA DSAI SUDAH PASTI IA MELEBIHI DARI YB ZUL.
DEMIKIANLAH JUGA DENGAN DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN, BEKAS MUFTI PERLIS YANG SECARA TERUSTERANG DAN IKHLAS MEMBERI NASIHAT KEPADA DSAI AGAR BERUNDUR DARI MEDAN POLITIK, DENGAN HARAPAN PIHAK PEMBANGKAN TIDAK HILANG MOMENTUM SOKONGAN.
KEDUA-DUA ORANG MUDA YANG BERPENDIDIKAN TINGGI, BEGITU BERANI DAN SEDIA UNTUK MEMBERI NASIHAT SERTA TEGORAN KEPADA SEORANG AHLI POLITIK YANG VETERAN, BERPENGARUH DAN BERPENGALAMAN. BUKAN SAHAJA DSAI YANG TERGAMAM, MALAH RAMAI PEMIMPIN TANAH AIR YANG TERKEDU DAN TIDAK BERKATA-KATA SEKETIKA.
SATU PERSOLAN TIMBUL DALAM KEPALA PENULIS, SEBAB APA DAN KENAPA DUA ORANG MUDA INI MAHU MENASIHAT SERTA MENEGUR DSAI, KETIKA INI..?
TIDAK DARI MULA DULU...? IA ITU SELEPAS BELIAU DI BEBASKAN DARI
PENJARA DAN INGIN BERGIAT SEMULA DALAM KANCAH POLITIK TANAH AIR.
BANYAK ORANG MENYANGKA BAHAWA DSAI TIDAK AKAN AKTIF DALAM ARINA POLITIK SETELAH DI BEBASKAN OLEH PAK LAH. DAN ITULAH HARAPAN YANG DISANDARKAN OLEH BANYAK PIHAK SUPAYA DSAI TIDAK BANGKIT SEMULA. NAMPAKNYA TERKAAN ITU MELESET, DAN TERSASAR SAMA SEKALI. DSAI TERUS BANGKIT DENGAN CITA-CITA YANG MEMBARA UNTUK MENDUDUKI KERUSI NOMBOR WAHID, DI PUTERAJAYA.
TETAPI MALANGNYA PRU KE 12 SEKALIPUN MENGEJUTKAN KERAJAAN BN KHASNYA UMNO, DSAI TIDAK BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA SEKALIPUN DISOKONG KUAT OLEH ISTERI DAN ANAK PEREMPUANNYA.
DENGAN PENDEDAHAN SERTA PERTUDUAHAN YANG MELIBATKAN JENAYAH DI MAHKAMAH, DSAI SUDAH HILANG KRIDIBILITINYA DALAM BANYAK SUDUT. KEKALAHAN PR DALAM PRK DI GALAS DAN BATU SAPI, BARU-BARU INI, MEMBERI SATU LAGI TAMPARAN YANG MEMALINGKAN MUKA PENYOKONG-PENYOKONG PR KHASNYA KEPADA DSAI SENDIRI. HARAPAN PR UNTUK MENCAPAI KEMENANGAN MAJORITI DALAM PRU KE 13, TELAH TERGUGAT DAN MENGECEWAKAN PENYOKONG-PENYOKONG DSAI SENDIRI.
OLEH ITU NAWAITU DR MOHD ASRI ZAINAL ABDIDN, MEMBERI NASIHAT SERTA PENDEDAHAN OLEH YB ZULKIFLI NOORDIN, AMAT BERMAKNA DAN PERLU DIAMBIL IKTIBAR BUKAN SAHAJA OLEH DSAI, MALAH LAIN-LAIN PEMIMPIN YANG BERCITA-CITA MEMENUHI KEHENDAK SERTA KEPENTINGAN DIRI DAN KRONI-KRONINYA.
TOK NGAH.
No comments:
Post a Comment
http://www.kentangspring.com/aff/?id=54255